Sunday, August 31, 2008

149: Antara dua darjat...

31 Ogos tarikh di nanti
Negara kita sambut merdeka lagi
Laki pompuan bagai merpati sejoli
Dok rapat rapat tengok bunga api

Malam merdeka sanggup bersekang mata
Semata mata nak jerit sampai hilang suara
Bukan setakat jadi macam orang gila
Malah lebih dari orang yang kena histeria

Semakin lama semakin ligat
Peluk peluk makin kuat dan rapat
Sikit pun depa tak ingat
Ramadhan sudah pun dekat

Tak salah sambut merdeka
Tapi biarlah berpada pada
Sebab merdeka itu tak ke mana
Hanya sejarah di atas dunia

Dari dok merapu tak tentu hala
Baik kita bersiap sedia
Sempena Ramadhan yang hampir tiba
Bulan mulia banyak ganjarannya

Buat teman teman seperjuangan semua
Andai terkilan, kecil hati dan terasa
Ampun maaf dari tokey LayanKepala
Tulisan ini hanya sekadar suka suka
Sebagai mukadimah menyambut hari MERDEKA
Jangan sesekali lupa pada RAMADHAN yang bakal menjelma



SALAM MERDEKA & SELAMAT BERPUASA!

Monday, August 25, 2008

148: Cis!!!

Tahniah buat KEDAH! Juara Piala Malaysia 2008
Cari aku dalam gambar nih...hehhe hehhe

Bila pompuan tengah marah marah
Lebih baik lelaki buat tak endah
Sebab kalau jawab pun tadak faedah
Kerana pompuan takkan mudah mengalah

Bila pompuan tengah naik hangin
Baik lelaki jangan ambik pusing
Kerana jika lelaki turut sama melenting
Pompuan akan bertambah bising bising

Bila pompuan marah marah lagi
Lebih baik lelaki diamkan diri
Sebab kalau lelaki turut sama berkelahi
Pompuan akan bertambah marah sampai tak sedar diri

Bila pompuan masih dok sakit hati
Baik lelaki pujuk dengan muka manis berseri
Kerana silap pujuk pompuan akan bertambah benci
Alamatnya jenuh la lelaki dok makan hati

Bila pompuan tengah dok berang berang
Baik lelaki jangan dok cakap sebarang
Lagipun masa inilah lelaki ada peluang
Tengok pompuan dah jadi tak macam orang

Buat semua kaum lelaki di luar sana
Sila tumpukan perhatian anda
Sebab ini adalah fakta benar lagi nyata
Kalau bergaduh ngan pompuan, lelaki takkan menang punya!

ps: Asyik asyik pompuan menang. Tak puas hati arr camni!!!

Tuesday, August 19, 2008

147: Antara buli dan berdikari...

Jika ada lelaki yang menjahit baju mereka yang terkoyak, lelaki tersebut bolehlah dikatakan jenis yang berdikari. Sebab jarang ada lelaki yang gemar berbuat demikian. Dan jika lelaki meminta pompuan menjahit pakaian mereka yang terkoyak, itu adalah perkara biasa kerana bab bab menjahit ni lebih sinonim dengan pompuan.

Begitu jugak pompuan, mereka boleh juga dikatakan jenis yang berdikari jika menjahit pakaian sendiri. Lagipun bagi pompuan, menjahit baju sendiri adalah ilmu kemahiran hidup yang patut mereka ketahui. Namun jika pompuan menyuruh lelaki menjahit pakaian mereka yang terkoyak, mereka boleh dikatakan jenis yang membuli kerana pelik benar jika pompuan tak tahu menjahit. Hehhe hehhe...

Lelaki juga seorang yang berdikari jika menggosok pakaian sendiri. Walaupun mutu gosokan baju tadi tak seberapa memuaskan, namun itu sudah memadai kerana bagi lelaki....asalkan baju bergosok, itu sudah cukup bagus. Macam mana pun takpa, janji gosok. Dan jika lelaki meminta pompuan menggosok pakaian untuk mereka, itu juga adalah perkara biasa kerana pompuan lebih teliti dalam kerja kerja menggosok pakaian.

Berbanding pompuan, menggosok pakaian bagaikan satu perkara yang wajib bagi mereka. Pompuan amat berasa tak selesa jika mengenakan pakaian yang tak bergosok. Namun jika pompuan menyuruh lelaki menggosok pakaian untuk mereka, ni sudah terang dan nyata bahawa mereka mahu membuli lelaki. Ini kerana baju sendiri pun lelaki payah nak gosok, apatah lagi baju orang lain. Lagipun takkan la pompuan tu tak tahu menggosok. Hehhe hehhe...

Lelaki juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang berdikari jika melipat baju sendiri. Dan anda semua boleh tabik spring jika seseorang lelaki pandai melipat baju sendiri. Sebab kebanyakkan lelaki lebih gemar menggantung baju dari melipat. Bukan apa, hari ni lipat jadi lain. Esok lipat jadi macam lain pulak. Dan jika seorang lelaki meminta pompuan melipat baju mereka, itu adalah perkara biasa kerana pompuan mempunyai bakat semulajadi dalam bab bab lipat baju nih.

Berbanding pompuan, mereka sebenarnya amat menghayati serta enjoy ketika melipat baju. Mereka mempunyai sentuhan sentuhan seni yang halus dan mereka mempunyai teknik lipatan serta pattern yang sentiasa sekata dan sama. Dan jika seorang pompuan meminta seorang lelaki melipat baju untuk mereka, nampak sangat mereka membuli lelaki tersebut. Ini mereka semua sedia maklum, lelaki takat lipat kain boleh laa. Hehhe hehhe...

Kesimpulan:
Lelaki bukanlah kaki buli.....(dan mungkin juga bukan berdikari)

Monday, August 11, 2008

146: WoW - Words of Wisdom


Maaf....Tengah busy...
Tima kasih :)

Sunday, August 03, 2008

145: Mengintai dari bilik mandi...

Dalam hidup ini, banyak perkara yang kadang kadang amat merumitkan. Namun jika di lihat dari sudut yang positif, perkara tersebut adalah amat mudah. Mari kita lihat bagaimana lelaki mempermudahkan urusan hidup berbanding pompuan...

Dalam bilik mandi lelaki, sekurang kurangnya hanya terdapat satu jenis sabun saja iaitu sabun mandi. Dan jika ada tetamu berkunjung dan ingin mandi, tetamu tersebut akan berasa senang dan selesa jika ingin menggunakan sabun. Ini berbanding dengan bilik mandi pompuan di mana terdapat banyak jenis sabun. Ini termasuk sabun badan, sabun muka, sabun pencuci itu ini dan macam macam jenis lagi la. Ini secara tak langsung akan menyukarkan dan merumitkan tetamu yang ingin menumpang mandi kerana agak sukar mencari sabun mandi. Dan tetamu tadi jugak berkemungkinan menggunakan sabun yang salah. Silap silap, tetamu tadi mandi tak sabun. Kesian tetamu tadi...Hehhe hehhe

Benda benda di dalam bilik mandi lelaki juga selalunya amatlah mudah. Cukuplah hanya sekadar di isi dengan benda benda asas bilik mandi iaitu sabun, syampoo, ubat serta berus gigi. Benda benda ini juga semua selalunya diletakkan dalam satu bekas atau tempat dan mudah di ambil. Berbanding pompuan di mana benda yang terdapat di dalam bilik mandi mereka adalah agak banyak. Sabun pun dah banyak jenis. Syampoo pun bermacam macam jenis gak. Tu belum campur pencuci muka yang beraneka jenis. Ini secara tak langsung menggambarkan betapa banyaknya benda yang terdapat bilik mandi pompuan. Kadang kadang jenuh nak cari benda itu ini...Ini sememangnya amat merumitkan... Hehe hehhe

Lelaki juga secara lazimnya hanya membawa sehelai tuala jika ingin menggunakan bilik mandi. Cukup senang dan mudah. Berbanding pompuan yang sekurang kurang memerlukan 2 jenis tuala ketika mandi iaitu tuala badan dan tuala muka. Dan tuala muka pulak adalah amat sensitif. Kena bawa dengan berhati hati. Kang jatuh atas lantai, kena tukar baru. Sebab tuala muka yang terjatuh tadi mungkin telah tercemar dan tak bagus jika digunakan untuk bahagian muka. Ini secara jelas dan terang menunjukkan betapa rumitnya pompuan hanya semata mata untuk pergi mandi...Hehhe hehhe

Akhir sekali, lelaki juga selalunya menggunakan bilik mandi dalam masa yang singkat. Cukuplah hanya sekadar 3-5 minit. Gosok gigi,mandi,sabun sikit sikit. Selesai..Tengok betapa mudahnya lelaki mandi. Berbanding pompuan, sekurang kurang mereka memerlukan 5-10 minit hanya untuk mandi. Dan mungkin lebih lama dari itu. Maklum laa..banyak benda nak buat dalam bilik mandi tuh. Gosok gigi, cuci muka, syampoo rambut, peraga peraga gaya sikit depan cermin. Buat mimik muka itu ini. Senyum style macam tu macam nih. Pastu mandi pun nak kena control. Sebab mandi ada 2 jenis. Samada nak basahkan rambut atau tak mau basah rambut. Hmmm....nak mandi pun susah. Hehhe hehhe
Oh ya! Jika pompuan tu menggunakan bilik air kurang dari 3 minit, itu tanda dia tak mandi...Hehe hehhe


Kesimpulan:
Berdasarkan hujah hujah di atas, jelas menunjukkan mengapa pompuan selalunya tak sempat nak mandi. Bukan mereka malas, cuma mandi kadang kadang melambatkan atau merumitkan aktiviti mereka. Namun walaupun tak mandi, mereka tetap berbau wangi. Ini adalah misteri yang masih menghantui fikiran lelaki.
Sekian terima kasih :)


Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may