Friday, February 29, 2008

131: 29 Februari 2008

Lelaki pemalas???

Secara umum, semua orang berpendapat rumah orang lelaki mesti bersepah sepah. Susun atur yang berlintang pukang serta sampah sarap yang berteraburan sana sini. Sangkaan ini mungkin tidak dinafikan kerana banyak contoh telah dilihat. Perkara ini akhirnya melabelkan lelaki sebagai manusia pemalas. Tetapi pernah anda semua terfikir, kenyataan ini sememangnya tidak berapa benar dan tepat.

Lelaki sebenarnya amat jarang berada di rumah. Sepanjang minggu mungkin lelaki sibuk bekerja. Kadang kadang terpaksa bekerja hingga lewat malam. Manakala cuti di hujung minggu pulak, lelaki selalunya terlalu padat dengan aktiviti riadah serta sosial. Akibat daripada aktiviti aktiviti yang terlalu padat, lelaki sememangnya tidak mempunyai masa langsung untuk mengelap, mencuci ataupun menyapu. Ini menyebabkan habuk habuk akan terkumpul dan membuatkan rumah lelaki nampak kotor.

Apabila lelaki asyik tak lekat atau tak berada di rumah, ini juga akan mengakibatkan terjadinya longgokkan pakaian yang tidak berbasuh. Dan lelaki juga berkemungkinan memakai pakaian yang sama berhari hari. Tukar baju ajer...seluar tak tukar. Lagipun, bila basuh pakaian..karang nak kena gosok, nak kena lipat, nak kena gantung dan macam macam lagi. Untuk melakukan kerja kerja sebegini, ia mangambil masa yang agak lama. Atas dasar mempunyai masa yang amat terhad, maka lelaki mengambil langkah untuk menghantar pakaian ke kedai dobi. Dan ini menunjukkan bahawa lelaki bukanlah malas hendak mencuci pakaian, tetapi lelaki amat sibuk!

Begitu jugak jika barangan dapur rumah lelaki hampir hampir atau dah tamat tarikh luput langsung tak terusik. Bahan bahan mentah yang telah busuk dan gas memasak yang tak pernah pernah habis. Ini bukan menunjukkan lelaki malas memasak, tetapi kalau masak pun..siapa yang nak makan??? Kerana lelaki asyik berada di luar umah, baik makan kat luar ajelah.

Berbanding pihak pompuan di mana pompuan lebih suka bersantai atau menghabiskan masa di rumah. Mungkin pompuan juga keluar berpeleseran, namun jangka masa mereka keluar tidaklah terlalu lama berbanding lelaki. Pompuan mungkin menghabiskan masa di luar rumah dalam 1 hingga 6jam lebih kurang. Maka mereka mempunyai banyak masa lapang dan sepatutnya dapat melakukan pelbagai kerja di rumah. Manakala lelaki, kadang kadang menghabiskan masa di luar rumah berjam jam malah boleh hingga berhari hari.Ini menunjukkan, pompuan berada di rumah lebih lama berbanding lelaki.

Oleh yang demikian, berdasarkan huraian huraian di atas, maka dapatlah kita merumuskan bahawa lelaki tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk melakukan kerja kerja rumah. Pendek kata, lelaki amat sibuk!!! Itu yang menyebabkan rumah lelaki kelihatan tungging langgang.
Manakala jika rumah orang pompuan bersepah sepah, lintang pukang, bot karam atau tongkang pecah...hmmm..no komen lah! Hahha...


ps: Balik keja karang, nak beli penyapu la... :D

Monday, February 25, 2008

130: Woohooo!!!!

Salam dan selamat untuk semua pengunjung LayanKepala
Maaf kerana aku lama tak menulis di sini...
Walau bagaimanapun, tima kasih kerana anda semua tidak jemu jemu berkunjung ke sini...
Sungguh terharu dan sungguh menghargai kehadiran anda semua...
InsyaALLAH, mungkin aku akan updet dalam masa terdekat nih...
Lama plak tak LayanKepala rasanya...
Asyik SakitKepala ajer...hehhe
Gian betoi nak menulis rasanya...hehhe

So, buat pengunjung semua...sabar yea...hehhe...
Woohooo!!!

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may