Sunday, February 22, 2009

171: Bila rindu ku sebut namamu...

Tatkala pompuan merindui lelaki
Tido tak lena gelisah di hati
Golek golek kanan dan kiri
Sedar sedar tak lena sampai ke pagi

Lain pulak dengan lelaki
Rindu kat pompuan pun tak henti henti
Tido malam pusing kanan dan kiri
Sedar sedar bukak mata dah tengahari

Apabila rindu menguasai diri
Pompuan asyik terkenang si lelaki
Leka mengelamun sampai tak mandi mandi
Makan minum pun kadang kadang dah tak peduli

Begitu juga dengan si lelaki
Rindu kat pompuan sampai tak sedar diri
Terbayang wajah hingga tido termimpi mimpi
Silap silap kena mandi wajib bila bangun pagi nanti

Jika rindu sudah bersarang di hati
Kejap kejap pompuan telefon lelaki
Tanya khabar itu dan ini
Walaupun soalan yang sama berkali kali

Lelaki pun juga sama macam tu
Tepon pompuan berkali kali bila dah rindu
Asyik dok cakap i miss you, i love you
Entah betul entah entah dok menipu

Tapi semua ni tak kisah la kan
Baik lelaki atau pun pompuan
Bila rindu, tadak benda lain dalam fikiran
Asyik teringat masing masing punya teman
Kalau boleh nak segera jumpa berdua duaan
Tapi cuma satu saja penulis nak pesan
Bila jumpa tu jangan buat benda bukan bukan
Ingat sama kat Tuhan, jangan jadi syaitannnnnn....


Wednesday, February 18, 2009

170: Rancangan tergendala

Aku rasa aku ada masalah laa...
So better aku off kejap dari dunia blog nih...

Jumpa lagi!

Monday, February 16, 2009

169: Di mana kan ku cari ganti...

Bila pompuan berkuku panjang
Lelaki asyik puji “cantik la sayang”
Tapi bila lelaki simpan kuku macam diorang
Pompuan perli ‘cantiknya bang….macam jembalang”

Bila mengilat kuku pompuan jadikan hobi
Lelaki tengok sikit takde irihati
Tapi bila lelaki mengilat kuku jari
Pompuan tanya “ko ni betul ker lelaki?”

Jika pompuan dok belek kuku pagi dan petang
Lelaki lihat sikit pun takde rasa nak larang
Tapi bila lelaki baru nak belek kuku yang panjang
Pompuan bising lelaki asyik dok buang masa lapang

Pompuan suka suka warnakan kuku
Lelaki pandang senyum siap puji nampak ayu
Andainya lelaki cuba buat macam tu
Sahih pompuan mengata lelaki tu dah tiga suku

Bila lelaki tanya kenapa simpan kuku panjang
Pompuan jawab sedap nak garu kepala dan belakang
Tapi bila pompuan tanya kenapa lelaki berkuku panjang
Nak buat camna, ketip kuku aku hilang!

Friday, February 06, 2009

168: Aku yang peduli...

Kalau lelaki bising pompuan tak mandi pagi
Pompuan rileks saja sikit tak susah hati
Mekap lawa lawa spray minyak wangi
Lelaki tetap datang menghampiri

Jika lelaki bising pompuan tak reti masak
Pompuan rileks saja janji duit banyak
Bawa lelaki pi kedai siam atau kedai mamak
Kerana lelaki, makan free memang tak tolak

Andai lelaki bising pompuan asyik nak tido saja
Pompuan rileks saja macam benda tadak apa apa
Bangun nanti tepon lelaki buat suara manja manja
Marah lelaki terus hilang begitu saja

Kiranya lelaki bising pompuan dok cakap banyak
Pompuan rileks saja buat buat pekak badak
Nanti protes cakap ngan lelaki pun dah tak nak
Mau lelaki datang pujuk merangkak rangkak

Tapi kalau pompuan bising lelaki buat semua benda ni
Lelaki jangan rileks dan jangan buat tak peduli
Nanti pompuan akan mengamuk berhari hari
Mau tercetus perang dunia ketiga nanti
Tapi lelaki jangan la amik hati
Kerana perangai pompuan comei memang sebegini

Sunday, February 01, 2009

167: Hidup ini memang gila...

Pompuan selalu mengatakan lelaki gila
Jika asyik dok ngorat walaupun pompuan tu tak suka
Tapi lelaki tak penah kata pompuan sebegitu rupa
Walaupun pompuan asyik tak henti henti menggoda

Pompuan selalu dok sangka lelaki gila
Jika asyik tepon malam malam buta
Tapi lelaki tak pernah bersangka sangka
Kalau tengah malam pompuan datang cari mereka

Pompuan juga gemar melabelkan lelaki gila
Jika asyik merenung mereka tak kelip kelip mata
Tapi lelaki tak pernah label apa apa
Kalau pompuan pandang mereka sampai terkeluar bijik mata

Pompuan selalu dok pikir lelaki gila
Jumpa 2 minit, terus ajak jadi marka
Tapi lelaki tak pernah fikir macam macam dalam kepala
Pompuan ajak bercouple, lagi la lelaki suka

Inilah adat resam hidup di dunia
Sikit sikit pompuan kata lelaki gila
Tapi lelaki nak buat macam mana
Gila gila lelaki pun, pompuan tetap suka

ps: Orang gila memang tak mengaku dirinya gila...

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may