Sunday, July 20, 2008

143: Perkara yang anda tak tahu...

Kadang kadang kita sering terserempak dengan pompuan pompuan yang memakai pakaian contohnya baju kurung yang sama dan sebijik samada dari segi jenis corak, warna atau sebagainya. Sesetengah berpendapat itu hanyalah secara kebetulan jika 2-3 orang pompuan yang memakai pakaian yang sama. Ini mungkin kerana mereka mempunyai selera, minat atau citarasa yang sama terhadap pakaian tersebut. Namun jika di kaji kaji, ini adalah satu pentunjuk bahawa tanpa disedari, pompuan sebenarnya sedang mengalami krisis pakaian.Ini mungkin disebabkan kekurangan kain untuk di buat baju, seterusnya menyebabkan mereka membeli kain yang sama dan akhirnya, mereka memakai pakaian yang sama. Hehhe hehhe...

Kita juga sering melihat pompuan berpakaian selalunya hanya berkonsepkan satu tema. Maksud di sini ialah dari atas hingga ke bawah, pompuan memilih untuk memadankan warna yg sama contohnya warna biru, abis dari kepala sampai ke kasut warna biru. Ini mungkin adalah di sebabkan keserasian untuk memadankan pakaian tersebut dengan si pemakainya dan mungkin juga si pemakainya adalah penggemar warna tersebut. Mereka mungkin terlalu taksub dengan warna tersebut. Namun jika di kaji kaji, ini adalah satu petunjuk bahawa kaum pompuan ni sebenarnya sedang di landa satu sindrom yang berkaitan dengan warna. Ini bukanlah bermaksud mereka buta warna, cuma mereka mungkin tak dapat melihat keindahan warna lain. Cuma satu warna ajer yang memukau penglihatan mereka. Hehhe hehhe...

Pompuan juga seringkali memakai pakaian yang berbeza beza dalam masa sebulan. Ini terbukti menunjukkan pompuan mempunyai stok pakaian yang banyak dan secara tak langsung menunjukkan bahawa pompuan amat gemar membeli pakaian. Namun kebanyakkan pakaian yang di beli adalah lebih kurang yang sama jenis. Kalau baju kurung, semua jenis adalah jenis baju kurung. Kalau kebaya, semua jenis kebaya. Kalau baju ketat ketat, semuanya ketat ketat. Namun jika di kaji kaji, ini adalah satu petunjuk pompuan sebenarnya menghadapi satu sindrom ketagihan membeli pakaian. Kalau tak ketagih, takkan lah mereka membeli pakaian yang sama jenis banyak banyak. Hehhe hehhe...

Akhir sekali, jika anda semua perhatikan betul betul...pompuan juga sentiasa mempunyai wawasan serta pemikiran yang jauh ke depan hanya berkaitan pakaian. Contohnya jika nak raya, lagi 2-3 bulan dah siap nak cari kain baju raya. Jika nak kenduri, jenuh 4-5 hari dok pening kepala nak cari baju untuk di pakai ke rumah kenduri. Perbuatan ini sebenarnya amat bagus. Takde la nak kelam kabut sangat bila sampai masanya nanti. Namun jika di kaji kaji, perbuatan ini menunjukkan pompuan mempunyai krisis masa. Sebab jika di tanya mengapa pakaian tersebut disediakan terlalu awal, pompuan akan mengatakan bahawa mereka takut nanti tak cukup masa. Hoh?! lagi 2 bulan nak raya depa kata kata tak cukup masa??? Hehhe hehhe


Kesimpulan:
Sekarang anda dah tahu :D

121 comments:

sue said...

ooucchhh.... ehehe ....

first ! :P

hUmmY said...

kire ok la tu kan!

dr tasuke pakai baju!

bedarah idung ko nnt!

muahahahahaha!

Ryehanna said...

salam...

Hmmm...

ttg bahagian krisis masa tu,bagus la kan sediakan baju awal2.. xdelah kelam-kabut nanti..
most perempuan jugak yang take care ttg pakaian laki dia,anak dia..
nak harap org lelaki?? hmm... heheh

13may said...

sue: hehhe...tahniah! :D

hummy: berdarah hidung tu citer lain :P

ryehanna: takut tak cukup masa eks??? hehhe hehhe :P

debikdebuk said...

Aku sokong tu. POmpuan nak gi tgk kawan dia kawin, dia pulak yang tempah baju. Padahal yang kawin tu sapa? Dia pulak sibuk2 cari baju lawa, nak mjelaram. Maybe itu taktik mencari jodoh di majlis kawin kottt...

fattnieniey said...

dah Tuhan pun kata perempuan ngan lelaki beza.
tang ni la kott yang paling obvious kan?
haha.
ader jugak lelaki yg mcm tuh skrg, tapi terlebih feminin pulak kan!

Jini said...

hi encik 13 may..

kerana encik 13 may singgah kat blog saya, saya pun nak singgah jugak sebagai appreciation kerana mengetahui kewujudan blog saya..=)

komen :

paraghraph 1:
perempuan pakai baju sama tu memang tak boleh di sangkal lg. kadang2 dalam bus nak pegi kelas tiba2 sorang member tu baju sama dengan sorang mak cik. terpaksa member lain cover takut malu. ini disebabkan baju2 contohnya baju kurung datang dalam pakej kain gulungan. ini adalah supaya perempuan yang terlebih sihat dapat beli kain yg lebih meternya untuk dibuat baju. orang kelantan suka cakap "tok pek xwat 1" maksudnya ah chong cina tak design baju tu sehelai je untuk dijual. lelaki punn mengalami situasi begini. betul? hehhe hehhe.. =p

paragraph 2:
memilih warna yang sama dari tudung,baju,seluar,kasut,handbag,dan kadang2 skaf pun sama, saya yang perempuan ni pun tak faham. perempuan selalunya common dengan minat warna pink. ada sesetengah tu gila pink sampai muka jadi pink. ada yang tonyoh blusher kaler pink yg gila2 pink sampai saya tengok pun pelik. itu memang taksub warna. tapi boleh dikatakan kalau baju kaler oren mungkin akan datang dengan pakej tudung kaler oren yg kurang terang kalernya dari kaler baju. kalau tudung tetiba kaler pink adakah matching? sama la kalau lelaki pakai baju melayu kaler hijau tetapi tetiba seluar kaler ungu. adakah tak pelik begitu? tetapi kalau perempuan yang tidak bertudung memakai baju kaler oren, rambutnya tetap akan warna hitam sebab kalau kaler rambut warna oren nanti apa pulak jadinya kan? hehhe hehhe =p

paragraph 3:
perempuan yang pakai pakaian yang berbeza2 dalam masa sebulan tu mungkin siti nurhaliza atau misha omar sebab saya rasa anak orang kaya dalam kelas saya pun dalam masa sebulan mungkin 2 atau 3 kali pakai baju sama. ketagihan membeli pakaian tu mungkin sebab perempuan dikenali sebagai spesis yang gila shopping. tang baju yang sama jenis, contohnya kalau baju kurung, baju kurung memanjang tu, mungkin mengikut keselesaan atau saiz. kalau saiz kecik cantik molek macam model, mesti menggemarkan baju kebaya supaya kecantikan boleh di display kepada umum. kalau badan agak2 sihat akan memilih baju kurung supaya dapat menyorokkan bentuk tubuh dan kalau agak2 rendah boleh ditipu dengan baju kurung kedah. tapi perempuan bernasib baik kerana baju tradisional kaum perempuan banyak pilihan. lelaki hanya ada baju melayu dan baju melayu je la memanjang sampai kiamat. yang berbezanya mungkin butang baju melayu atau sulaman-sulamannya.. hehhe hehhe =p

paragraph 4:
terima kasih kerana memuji kami kaum perempuan mempunyai wawasan dan berfikiran jauh ke depan. hehe. tang kalau nak raya tu dua tiga bulan dan tempah baju raya, itu adalah sebabnya kalau tempah seminggu nak raya alamatnya pakai baju raya tahun lepas je lah anda. dan disebabkan tukang jahit kebanyakannya perempuan yang menjahit baju perempuan, masa yang tukang jahit terhadkan untuk menjahit baju tempahan agak terhad dek kerana aktiviti harian seperti memasak untuk laki, basuh baju sendiri dan baju laki, jaga anak, kemas rumah takut nanti laki bising dan sebagainya. dan ini menyebabkan orang perempuan terpaksa tempah baju raya awal2. ini berbeza dengan orang lelaki. mereka boleh beraya dengan baju batik dan seluar slek yang dibeli dalam pakej yang dah siap dekat pasar raya. atau pun kebanyakan lelaki saya lihat hanya beraya dengan baju t-shirt je. tak payah susah2 tempah dekat tukang jahit ah chong di pekan atau mak cik peah sebelah rumah. komen untuk komen debik debuk, yang tang nak cari jodoh kat majlis kahwin tu mungkin betul. sebab lelaki suka tengok perempuan cantik je. kalau pegi majlis kawin pakai t shirt macam yang lelaki buat, dah lama perempuan buat cam tu. hehhe hehhe. =p

hahahahaha. sori komen panjang. terperasan blog sendiri plak.

p/s: saya yang gila fesyen..

=p

Jini said...

Encik 13 may..

saya suka la blog anda. membuatkan saya gelak terbahak2 tak hengat..

=)

13may said...

debikDebuk: keh keh keh...ko memang lelaki mata keranjang :D

fattnieniey: errr...errrr...ada ker lelaki camtu :P

genie: tu diaaa....kena 'fire' la aku...huhhu :P

genie lagi: thanks sebab singgah :) oh ya! welcome to layankepala :D

K i a H R o N g G e n G said...

mak pratical org nye lagi boleh pakai,pakai janji bersih.Jgn bazir amalan syitan ehemmm

Note: tepuk dada tanya nafsu,nafsu beso 4 lemari baju tak cukup.Juz my 2 cents

Neeza Shahril said...

okay pe.. nasib baik ada pakaian.. kalau tak berpakaian, lagi haru.. huhuuuu...

13may said...

kiah: baju ko bape almari??? hehhe hehhe :P

neeza: hehhe hehe...baju raya dah siap? :D

skidg8 said...

nade2 la may neh..

bluek!

Ely said...

nasib baik kat sini takder kenduri kawin sebulan 2 kali. pergi kenduri kawin pun jika ada mcm 2 tahun sekali? phew....

Ryehanna said...

kahkahkah...kena fire dengan Genie... Sokong Genie!!

dari aku yang tak pandai berhujah balas..ngeh ngeh..

:P

IamYonna said...

ahaha..
statement2 ini mmg betul2 mencabar kaum wanita yang gila pesen ni :))
haha..

eh,
tp ok la dari sesetengah lelaki,.
asek ulang2 pakai baju yg sama je :p
bau hapak x basuh lak tu haha..

pompuan kalo beli baju se pattern je, se kaler ke xpe,
err nampak la kelainan sket kan..

laki asek t-shirt,bj mlayu ngan kemeja je..

tgk baju2 pompuan..
ade bj kurung,ropol2 la, renda2 la, kerawang2 la,manik cni ctu..

hahaa

u nk beat lg x bro? haha

~Cinta Cukulet~ said...

err...kalau lelaki yang berpakaian pompuan tu camna plak? krisis identiti?? ahahk2:P

.::WaNiE::. said...

apa pulak may..betul ape 2-3 bulan sblum raya dah kene siapkan baju raya..nanti makcik tukang jahit reject xmo jahit nanti kan susah..hohohoho..

Tapi rasa2nye raya tahun ni xdek la baju2 raya ni...nak balik kg jek mao abis 6-7 rat ni minyak..uwaaaa..uwaaaa

zubeid said...

owhh..begitu ke..aku x perasaan plak..
hmmm..aku ade buat research yg same gak bro..
kesimpulan yg leh dibuat..lelaki n pompuan same je skrg nihh....uhuhu

zwitterion said...

baju raya kena tempah awai2, nnt orang tak mau jahit..

Honeylemon said...

hahahaha.......

org pomfuan zaman batu camna erk???? hehehee... :)

ixora said...

thnks 2 GENIE...
en may, ape ko rs..? oreennnn??!

Miko Yamaguchi said...

sebenarnya perempuan berhati2...sebab tu suma di rancang rapi...kekekkeke

zonaku said...

lor.. pompuan nie kalau dia suka satu.. satu tu jer la...
bukan cam laki.... boleh suka byk2.. buat koleksi...
btl???

Anonymous said...

salam kenal..
sentap! haha

ijan said...

best gak diorg pkai bj yg same...

bole wat2 tsilap pegang awek. :P

pB said...

kah kah kah



pandai ler


makwe anda pun macam ni jugak ler kot...

13may said...

skidg8: woohoo! :P

ely: hehhe...takyah pening kepala kan?? hehhe

ryehanna: elehhh...eksennya :P

yonna: adesss....*white flag* :P

miloAis: oh! itu di luar kepakaran saya :P

wanie: hehhe hehhe...takpe, ko bleh pakai baju kawin :D

zubeid: errr...kamu ada bukti kukuh??? huhhu :P

zwitt: hang dah tempah ka??? hahha

honeylemon: oh! depa pakai daun saja kot...kah kah kah

ixora: :P

mikoYamaguchi: iya laa tuh... :P

zonAku: errr...errr...hahha :P

thafiexq: :D

sultan: hehhe...tu nak cari nahas...hahha hahha

pB: kenapa??? tak percaya??? hehhe :P

Anonymous said...

hari tu aku gi la beli baju kurung yang dah siap, kat satu butik ni...siap perasan cantek abih2 la tu...staf aku siap membodek lagi cakap baju aku cantik giler...sekali bila aku jalan kat koridor...tu dia, ada satu pesakit tu pakai baju sama dgn aku...mencicit aku lari...huhuhu...

muadzlife said...

jeles lagi le tuuuu...awwww

Anonymous said...

itulah indahnya perempuan ni.. sangat menghargai pereka2 fesyen yang memperkenalkan fesyen2 kepada dunia fesyen.
itulah indahnya perempuan ni..
sangat menghargai segala corak baju yang direka oleh pereka kain.. kesian derang kalau tak beli nanti bisnes down
itulah indahnya perempuan ni..
sangat menghargai lelaki dalam hidupnya..ingin kelihatan cantik dan anggun untuk lelaki kesayangan walaupun berhabis duit sendiri maupun duit lelaki kesayangannya..
itulah indahnya perempuan ni..
sangat menghargai masa.. tidaklah mereka ingin bersiap2 utk baju raya dalam last minute..sbb baju suami dan anak2 pun perempuan juga yang menyediakannya..
** baru tahu perempuan itu indah dan istimewa?

achik said...

2 bulan tu mmg dah lambat woo.. banyak kedai dah x terima tempahan.. aku bulan lepas lagi dah hantar.. hehehe.. :D

adie said...

Ooo..aku dah paham dah skrang.hehe..

kuchalana said...

may.. ko jgn xtau.. bukan pakaian kat luar ja.. yg kat dalam pon sure sama warna... kakakakak.. ko tak caya tanya org sebelah ko tu..

Intan and The Boys said...

baju kurung aku semua lama2

takde sape pon yang sama.. :P

Masy said...

oit. cuba hang pi antar tempah baju raya 2 minggu sebelum raya, tgk ada org nk layan ke tak? :p

tapi takpa.. aku tau hang biasa pakai kain pelikat wat kemban jaa time raya, betoi x?

Unknown said...

ye la tu...sebenaqnya hang jeles kan.. pompuan ada kelebihan masa...walaupun sesibuk mana pun mrk...kami ada CITARASA tau!!!

bozzobattousai said...

klu pompuan tunjuk lurah dada ngan punggung ramai je yg nak tengok, tapi klu aku yg tunjuk nanti diaorg cakap gila seks ngan gay plak. tak paham kengkadang org ramai ni. manusia klu sorg bleh jadi intelligen, penyabar, insightfull, tapi klu reramai bleh jadi mob, merusuh dan membahaya.

KakNi said...

13may ni sebenarnya dia dengki kat kaum perempuan...

Ayaq said...

Macam pompuan yang dah kawen...kalu raya tak beli kain baju awal2, kang raya si laki nak pakai apa? Kain langsir?

arsaili said...

salam...mana satu pilihan maymay...ekekekeke

izman said...

sekarang baru aku tau.... betul ke?

Jie said...

oooo..may
entri ini ingatkan kakjie
bulan depan nk p Nilai3

ha ha ha...

Yana Ismail said...

SETUJU!huhu perempuan suka beli pakaian. naturela:)hik2
tu princess la:)

shahril aley said...

hahaha....
saya setuju yang arif
awat la depa ni excited dgn baju
huhuhu....
laki gak senang nak bergaya

Jini said...

hahaha..terima kasih kepada yang menyokong saya...

*angkat tangan melambai-lambai ala2 miss world*

=p

inna hayati said...

soalan? en.may nak ke gilfren or wife or adik2 or kakak2 en.may pakai baju yg sama,setiap hari, setiap masa...macam nobita tu??? ha...jawab2... :)

Ida Naziri said...

sbb pompuan lah industri pakaian or fesyen berkembang

menjana ekonomi negara gak tu :)

Cik Sar said...

erkk.. ye la . baru saya sedar..kekekekek

kasut-gombak said...

lelaki :
pakai jeans yang sama setahun, xbasuh lak tu.

baju toksah cakap la.
kuar mlm ni pki baju tu.
esk pi main futsal pki baju tu gak.
lusa pi tgk wayang pon pki bju tu gak.
dok main recycle je depa ni.. recycle sampai hapak.

eiiii..sindrom malas basuh baju. eiiii..

hahaha.

13may said...

mawar: kan aku dah kata dah..hehhe :P

muadzlife: :P

naylah: err...paham paham :P

achik: tengok...kan dah terbukti..huhhu :P

penyubiru: cayalah!

kuchalana: hehhe hehhe hehhe

puterikurekure: waa...klasik klasik :D

masy: aikk??? camna ko bleh tau nih??? hahha :P

haloG: elehhhh...hahha :P

bozzo: err..ko penah buat gitu ker??? hahha hahha hahha

akuni: hahha hahha hahha

ayaqmasak: ishhh...takkan kain langsir kot...pada pada la sikit...hahha hahha

arsaili: takde dlm pilihan...hahha hahha hahha

izman: percayalahhhh...hahha :D

jie: hehhe hehhe...byk ker yg nak borong tu kakjie? hehhe

princessLiyana: kannnn.. hehhe hehhe

aley: hahha hahha hahha

genie: *kenyit mata*

innaHayati: err...err...soalan lain tadak ka??? hahha hahha :P

idashah: hmmm..patut laa... hahha :P

cikSar: hehhe hehhe :P

kasutGombak: aikk??? tak puas hati nampak...hahha :P

Anonymous said...

salam

hehe sume kajian tu betol sesgt... itula pompuan... terlalu istimewa... :)

Kaktiny said...

kalau macam start esok wahai para isteri, sediakan suami anda :

untuk ke pejabat: seluar merah, kemeja hijau, tie purple belang pink.. kasut putih..

time bersantai : bagi dia pakai t-shirt pink belang oren, seluar yengkei biru jalur hijau dan selipar aladdin..

time kenduri : bagi jer pakai jersi dan seluar bermuda dan selipar jepun..

DAN ULANG BAJU YANG SAMA SETIAP MASA...

raya nanti, kalau dia tanya "baju melayu abang mana? butang baju melayu abang mana?.. songkok abang mana?", bagitau si suami.. "jom kita pegi beli skrg bang.. cari kedai mana yang bukak.." (pi ler cari kedai pagi2 time org kalut bersiap nak gi sembahyang raya..)

Buleh camtu?..

Jini said...

*kenyit mata gak* -winkwinkwink- =)

hahaha. idea kak tiny bagus. angkat tangan sapa sokong..

*angkat kedua-dua belah tangan dan kaki*

lelaki kira cincai je. pepagi raya muka ni jugak yang jadi bibik tukang iron baju raya abang2, adik2 dan abah..

Anonymous said...

namanya pompuan.. kan..

Butaseni@Wan Raja said...

haha yang hadapi krisis masa tu tailor bukan pompuan,pompuan nak awal sebab nak make sure siap sebelum raya,boleh melaram hahaha

۩۞۩ FaHReeN ۩۞۩ said...

hekhekhek! mandai je ko may..
aku x penah pon wat bajet2 mase ni..
baju raye da 2-3 taun pkai.. ilek je.. kekekeke!

Mak Su said...

kejar masa! kejar masa! kejar! kejar! lepas tu kejar maymay plaks

Anonymous said...

hmm. pompuan kan suka krisis2..
baru happening hdup..

arianna adrizal said...

mekasih sbb ingatkn.
blm buat baju raya lg.

13may said...

manje: bijak bijak :D

kakTiny: adeh....bertubi tubi kena fire nih...hehhe hehhe

genie: hehhe...janji sambut raya :D

hey..ini aku: iyer iyer...hehhe :P

butaseni: krisis pun takpa...janji masyuk :D

aku n dia: ish ishh ishhh....anak sapa la ni...hahha :P

maksu: hehhe...maymay inesen yea :P

rena: hahha hahha hahha...sempoi! :D

anne: hehhe...masa byk lagi :D

~Cinta Cukulet~ said...

kisah benar: hari ni terpakai baju yg lebih kurang sama dengan kuliah mate...argghhh...terkena sumpahan en.may la ni hehe :P

REEFapfy said...

seronok ape tukar-tukar baju.
rase feel lain gitueh.
hikhikhik
:D

pRincESs_N said...

wahh...cian pompuan ni..manyak sindrom....

Maryam said...

encik, perempuan kadang-kadang sengaja beli kain sama... sedondon, senang nak bernasyid sama-sama. haha! sebagai identiti pun ya.. cuba tengok yang kerja pakai pakaian seragam. apo la kamu! heh...

me3n said...

owh. ehehehehe. ku pong baru tau ehehehe.

13may said...

miloAis: kan aku dah kata dah...hehhe :P

reef: hehe hehhe...no komen laa...haha :P

princess N: takpe...doktor maymay ada ;)

mek maryam: Ooo...baru saya tau :D

ad3ck: dah tau jgn terkejut ok...hehhe hehhe

Miss Reen said...

hahahahaha
baju aku terdiri drpd byk jenis..
segala jenis aku ada..
segala warna pun ada..
tp aku kekurangan la warna itam...

skrg aku tgh wat koleksi bikini..
koleksi terbaru tau~

Tyazizul said...

halu..byknye pengomen..yes the design is so marvellous..but pity to engineer to count the structure...he he he..

chinta said...

mcm mana prg perempuan dressing dan bergaya, org laki juga kan suka melihat dan menilai...dan paling penting, org laki juga keluarkan duit sponsor baju2, handbag2, dan kasut2 matching kaler2 tuuuu

nellyberry said...

penyataan pertama itu, lagi tepat jika dikaji...mungkin perempuan itu serumah dan mereka saling pinjam meminjam baju sesama mereka ^-^

Azer Mantessa said...

test

Azer Mantessa said...

aku suka beli baju untuk anak2 pompuan + mak depa ... sama color + sama style supaya BORIA

tapi depa punyalah tak suka sebab tu depa lagi suka pi beli baju sendiri ... depa pantang kalau aku belikan ... apedaaaa

Sya said...

Kekadang ada gak pompaun suka jenis baju yg sama.. beli beli baju tak sangka pulak baju yg sama warna dan design dah dibeli 4 bulan lepas cuma lom dipakai.. sebab selalu sgt beli baju tak tau ropanya dah beli dah baju tu..

p.e.e.p.a said...

mmg tertekan kalo ter'sama' baju dgn org lain.heee

Maya said...

fav tagline pompuan bab baju ialah 'i tak ade baju laa.' walaupun baju byk sampai nak roboh almari..:D

KTS said...

hehehehe... semua yang tersenarai menggambarkan diriku.. :D

Aima Othman said...

wwahhhhh..byknye org komen...:D

baju i pun byk ..satu almari 2 pintu yg besar tu tak muat..nak kne carik almari lain ni...

byk baju..baru ade citarasa...byk pilihan...walopun baju tu same stail..tp kaler lain2...corak lain2...ropol lain2...tak mcm lelaki...pakai kemeja yg same setiap minggu...pastu ulang lagik minggu seterusnya...pastu ulang lagik samapi pudar kaler...mmg buruk sungguh...hehehhe

pastu..mestilah pakai baju n kain n tudung yg kaler seakan2 same...tudung biru laut, baju biru gelap, kain biru lembut2...tak laaa jadik cam badut plak...takkan nak pakai tudung pink kalau pakai baju hijau...auuw...x sanggup you...:P

pastu...mestilah kne tempah baju raye awal2..bukan baju kite je...satu family nyer baju...kalau tak tempah, jawabnye pagi raye pakai kain batik n t-shirt je laa :P

pastu...aku pun dah siap tempah baju raye...dah siap terpakai pun...tak tahan asyik simpan aje...nmpknye kne tempah baju baru lagi utk raye neh...:P

Ungku Nor said...

kalo ada pompuan buta warna, awak lak buta corak.

ye la.
asek pakai baju corak belang-belang je.
dah tak nampak corak lain..hehehe

kawaii_desu said...

may hang ni..

1. rasanya ini bukan krisis pakaian tapi kedai jual kain yg ada krisis... kami pengguna ni mangsa... sapa yg nak beli baju sejibik cam org lain... kebetulan lain lah cerita.. lelaki kengkadang baju tu yg dok recycle pakai sampai 3-4 hari tu lagi dahsyat

2. ini namanya color coordination. kalau dah kulit merelit takkan nak pakai kaler yg merelit jugak... lelaki jugak yg nak kutuk nanti..

3. ketagih baju ok... utk org tersayang jugak.. daripada lelaki yg ketagih benda2 yg tak patut... paham2 la sendiri... huhu

4. krisis masa diatasi dgn pemikiran jauh kaum wanita... sebab pompuan pakai baju yg dijahit.. kalau nak beli pakai siap, org2 'kecik' macam aku ni mmg tak jumpa la kat kedai. ni nampak sangat tak penah pi tailor, depa pesan nak bagi tempah kena awai2... even sebulan sebelum puasa pun ada tailor dah tutup tempahan... no more orders... so kenala merancang lagi awal.. ada paham???

sekarang ada paham??

meen said...

owh..owh..owh...

may..boleh tak meen nak wakilkan komen genie tu aja..mmg agree 100% hehe

WNA said...

yeke?

.::WaNiE::. said...

Baju kawen aku May? mak mertua pun xsempat nak tengok lagi baju kawen..mau sakit jantung kalau dia tengok.

shafarina said...

haaaaaaa

ni baru betui!

lagi satu hang lupa nak letak may, kengkadang kan, dalam satu hari tu kan, org2 pompuan ni akan pakai baju yg same kaler.

cthnya semalam.... dekat 50% budak ofis pakai baju pepel...

waaaaaaaaa

hajarss said...

may, bila kita nak pakai sedondon?

ewwwww~~~ ahahahaha

Super Nia Hana said...

bkn perempuan yg tak cukup masa
TAILOR yang tak cukup tangan nk jahit baju perempuan ma....

tintaHati said...

Bila baca entry ni baru aku tahu yang aku tak sama macam kebanyakan perempuan...Hehehe....pasai baju raya aku tak tempah lagi, jarang beli baju, pakai jer baju apa yang ada,malas nak pikir2, ada baju since zaman sekolah lagi but still pakai sampai sekarang.....huhuhu...

13may said...

heartlessDevilish: waaa...ko reti berenang eks??? hehhe hehhe

tya ilyana: hehhe...thanks for coming :)

chinta: nak buat camna...comei punya pasal...hahha :P

nellyBerry: aikk??? cam experience ajer nih :P

azerMantessa: hehhe...lgpun baju sama senang nak cari kat area yg sesak ngan ramai org :D

kakSya: hehhe hehhe...no komen la camtu :D

peepa: mcm penah kena ajer :P

maya: keh keh keh :D

ku tak sempurna: kannnn...hehhe

aim-a: adesss.... :P

akak ungku: ishhh..akak, jgn arr bocor rahsia kat sini :D

kawaiiDesu: OOoooOOoooOOo...hehhe :P

meen: :P

purpleChoc: betulll.. :P

wanie: keh keh keh

shafarina: betul betul :D

hajarss: kita pakai belang belang, nak??? hahha

HanaNiMonai: alasan alasan :P

tintaHati: waaa..ni yang nak suka nih ;)

Danisha said...

Jika dikaji-kaji lagi perempuan ni tersangatlah teliti tau....

tapikan cobala ko bayangkan kalu ko jumpa pompuan tu pakai baju kurung biru, kain kaler merah, kasut kaler hijau dan tudung kaler kuning....

buta kaler ka apa?....

@xiM said...

payah nak paham kerenah pompuan nih!!!!!

Anonymous said...

lh jek nk bj x sama ngn pempuan yg lain,


buka kilg kain sndr..=p

Yana Ismail said...

btol2..setuju:)tapi yg murah la.mahal2 tak larat.hik2

zh-ena said...

aduh mcm sama ajer ngan pe'el ena nie..maner tau nie hahahahaha

tun teja said...

hehe.. pepandai je la wat kesimpulan sendiri.

pempuan suka membeli belah untuk kelihatan cantik supaya si lelaki tak boring mata memandang.

b u n g a h a t i said...

erk segala statement di atas mcm memperli org sini je. hehe..

tp yg no 4 tu bole dibanggekan la. erm menunjukkan pempuan sentiasa memikirkan perkara pada mase akan dtg. bukan da ujan bru nak cari payong. ade betul? hehe

sokong "perbidasan" dr genie. yeah idop kaum wanita! :P

13may said...

danisha: pengsan! :D

axim: hehhe hehhe...no komen :D

pu3nemo: hehhe hehhe..best gak kan :D

princessLiyana: ekonomi gitu :D

zh-ena: saya kan doktor..huahuahuahua :D

tunteja: hehhe..jadi setuju la yea dgn kajian aku tuh :P

bungaHati: almari ada bape??? kah kah kah :P

Anonymous said...

tak yah dok pengsan2...tu pompuan yg tak heran sekeliling...die hidup sudah....lantaklah

Diana Ishak said...

bukan tak cukup masa la, malas nak sesak-sesak lalu bawah ketiak orang nak pilih baju.

ILA said...

AHAAAA..YOLAHH..
tak cukup masO..pasai tukang jahit dah awai2 tutup kodaiii..
nak jahit sndiri TAK CUKUP MASO gakkk...


psssttt..kalau saya,tiap bulan huby belikan baju tanpa ku pinta:p

note..:en 13 may dah sommbongggg ekk:p

tun izyan dalila said...

assalamualaikum.
great analyse =D

r.i.p.searcher said...

great analysis

FarA said...

lol. mmg best jd perempuan :)

Anonymous said...

hehehe. setuju bab pakaian tu. diya sgt banyak baju kurung, tapi tak penah ada baju kebaya. hehe

cemut said...

biase la ppuan kan teliti org nye!

cemut said...

laki die xambik port sgt.nak2 kalao yg da kawen.sume nk arapkn kat wife jee..

cemut said...

laki ni kalao bleh nak suh org sarungkan

Anonymous said...

hehehe... aku suka, aku suka... hahaha... tak kira betui atau xbetui... tp kira okela tu daripada pakai baju mcm2 color ada. ehehehe

13may said...

lantaklah: hehhe hehhe...

GreenApple: waaa..ko memang pandai memberi alasan :P

ila: hehhe...emel aku link hang: encik13may@yahoo.com..jenuh aku cari...

izyanDalila: tima kasih kerana berkunjung :)

r.i.p searcher: thanks :)

fara: sib baik comei...hehhe

diya: hehhe...raya tahun nih, layan la kebaya :)

cemut: tu yg lelaki sayang tuh...hahha hahha haha

fiza: hehhe hehe...jgn kaler tak tentu dah laa...hahha :D

farah, s. said...

wahh..hot nmpknye entry ni..ngeh3...

LaDySLeepLeSS said...

hehehehe.. baju raya dah tempah ke en13may?

13may said...

farahAminuddin: hehhe hehhe

ladySleepless: awai lagi...huhhu :P

Amyz! said...

Hahaha. Pandaila hang buat kajian. :-p

husni said...

hari ni aku tak brapa suka ngan kenyataan2 may...

13may said...

amyz: hehhe hehhe...tak caya ker??? huhhu

haniko: alololololo...huhhu :P

♥~ir@~♥ said...

pompuan mmg sll berpikir jauh ke depan,,hehehe

2 bulan lg nak raya,,tukang jahit dah tk terima tempahan dah,,sbb tuh pompuan sll sediakan awal²

Ms Haslina said...

ntah...aku jenis x kisah pasal berpakaian nie..
t-shirt aku ada itu2 jea lah..
baju kurung pun itu2 jealah..

aku tgk2 member2 girl aku..since da jadi bini dan emak oranglah diaorang ada perubahan pasal pakaian..ialah demi suami tercinta..

tp klu x kawin lah aku nie...confirm aku tak kisah pun pakai baju kurung yg da umur 5 tahun..asal baju tu masih elok..aper aku kisah pasal UPTODATE nie..

Unknown said...

Memandai aje ko ni May. Rasanya, dah seminggu ko pakai jeans dan t-shirt yang sama, kan May.

13may said...

ira: tahun ni bape pasang? hehhe :P

haslina: hehhe hehhe...baguih baguih :)

Opah: errr...errrr...hahha :P

sickchild said...

seb bek kenduri kawin sebulan tak sampai 2 kenduri.
kalau sebulan je da 15 kenduri.. hahah!!!
mendapat kaw.
kopak suami.
dah la kene kua duit nak tanggung shopping.
pastu nak kene kua duit nak bli almari baru lagi. hahahaha. best.

13may said...

sickChild: perghh!!! hehhe :P

roselynn said...

sebut sal baju nih..
saya ada jual baju kurung sulam dari indonesia..
harga RM125 skali ngan pos..
kalu berminat silala singgah..heheh

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may