Wednesday, April 18, 2007

Apabila lelaki di dapur...

  1. 99.9% lelaki amat pandai masak kari.....tapi megi kari saja la...hahha
  2. Lelaki kadang2 memang suka memasak....tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk...
  3. Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah...bising bukan main...hahha
  4. Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju...pastu, sambil isap rokok plak...hahha..macho betoi!
  5. Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin...hahha
  6. Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat...cepat sikit masak...hahha
  7. Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri...
  8. Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng'komplen' nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita...hahha...

Antara sebab sebab lelaki memasak:

  • Malas nak pegi kedai
  • Hampir hampir pokai
  • Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
  • Mental theraphy
  • Konon konon nak practice...nanti buleh amik hati pasangan
  • Buang tebiat...

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki....

Horraaayyyyy!!!!!!

ps: Aku ingat nak carik sorang tukang masak la....hehhe

95 comments:

zwitterion said...

nak cari sorang saja tukang masak? ingatkan 2, 3@4.hehe..
Ayah saya jarang masak, tapi bila masak, sedap jadinya.

ehem..ehem..sy pandai buat laksa..haha

sha said...

wah wah entri ni menarik. i like!

abang sha pemalas nak masak. yang sha ingat dia reti goreng chips ngan nuggets je.

yang sebab terakhir tu tergelak giler bila baca. sebab buang tebiat. kahkahkah. lawak!

p/s- cari sorang je ke?

eSampah said...

Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju...pastu, sambil isap rokok plak...hahha..macho betoi!

geli aku dengaq weh.. berapa byk peluh jatuh dlm makanan.. siap habuk rokok lagi..

Sunan_Jati said...

oit... ceh carik tukang masak... aik... lain mcm jer bunyi.. tuh...!
patutla en3 sebelum nie jiwang jer.. hahahah!

Masy said...

nak carik sorang tukang masak? lelaki ke? nak watpe dgn lelaki ituh?

*mule mikir yg bukan2*

Darling said...

my late dad & bro terer masak apa.. so tak semua lelaki tu tau masak 2-3 benda sama je kan?

er er motifnya kau nak cari tukang masak le kan kan kan? adakah akan terbau nasi minyak?

hehehehehehe

.:HalogAmora:. said...

13may, ni kalau bg husband wa baca musti dia akn tersengih sambil kata betoi betoi.

lagi satu pasal salah satu sebab lelaki memasak utk mental therapy? ha ha ha SO KALAU ORG POMPUAN Y MASAK ARI2? LAGU MANA TU? HABAQ MAI KAT CEQ. HE HE

Ungku Nor said...

Eleehh..pandai masak kunun.
Bak mai bancuh neskape O satu tengokk..

Baru bancuh segelas kat hang aritu pun sampai la ni dok ayat puji tak abiehhh..
lalalala

ruru said...

memang betul kalau lelaki memasak..habis dapur tengkirap...

wan said...

daripada amik tukang masak, baik amik tukang cuci, tukang kemas, tukang urut sekalik.

bayar murah sikit woo :D

Leeds Al-Malique said...

ayat last tu ada maknaaaaaaaaaa tuuuuu!

psssttt..sedap kaa hang masak?

~ mizzAmy ~ said...

~ 13may nak carik tukang masak? kat kedai makan kan ader,byk plak tuh..buat per suasah2..nak m'gaji tukang masak bkn nyer murah tau.tambah plak nak yg pro dlm masak memasak nie... hehehehe... :P ~

Mummy Rizq said...

yaa...! laki aku memang terer masak. masak sardin, ayam masak kicap & telur goreng..

achik said...

org lelaki kebanyakkan x pandai masak... tp bab komplen no.1... abg aku kalau komplen, mak aih sakit hati giler mendengarnya...

tintaHati said...

4. Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju...pastu, sambil isap rokok plak...hahha..macho betoi!


Cittt, taubat tak makan dah! Geli weyh!

sya said...

Yang no 4 tu memang selalu buat kot

Ayaq masak said...

Bapak aku rasanya kunyit pun dia taktau letak kat mana dalam dapoq. Hohoho. Abang aku yang sulung masak simple2 bleh la. Tadak la takat telur goreng ngan sardin ja. Yang tu hang kottt. Eheh.

elly said...

abah aku terror masak....ko nak cari tukang masak? apa qualification yg ko perlukan hehehe...bukan apa aku nak iklankan....

azzam bellamy said...

tak nak aku komen..! ko okay ke, dude?

layan je, beb..kasi diorang (prempuan2 sopan) gumbira..hahaha!

nice work, dude!

d'other wan said...

Ya, betul orang lelaki memang pandai memasak lepas tu orang yang makan kena cirit-birit, selalunya begitulah. :))

Saya suka orang komen masakan saya tak kira lelaki atau perempuan sbb dgn cara itu saya dapat memperbaiki masakan saya.

Kalau makan di luar, selalunya saya akan tengok dapur dan tukang masaknya, kalau tak menyedapkan mata, saya tak akan makan di tempat itu, kebersihan no. 1...apa? cerewet? mestilah kita bayar apa...heeheehee. Cheerio!


p.s. nak carik tukang masak..ehem..ehem dah pilih ek, yang no. berapa?

Pa'chik said...

chef banyak yang jantan pasai pompuan tak larat nak angkut peghiyuk yang besar-besar tu...

s * h * i * m * a * h * z said...

ni ko le ni..msk sampai dapur tunggang langgang

blackpurple said...

Chef terkenal di mana-mana tetap LELAKI...!

Sastri said...

LOL... adeh... kelakar... ayah Sas boleh goreng telur, wat megi goreng... tu je laa... :D

Iman Mawaddah said...

No 8 tu paling tepat hehe

PayaKubor said...

aku paling tensen kalau orang masak tak reti nak basuh periuk belanga. Biar dapur bersepah. Duduk rumah sewa, kongsi-kongsi, mana bole wat gitu weh

~ahni~ said...

Ni bukak pekung di dada sendiri ke dada orang?

Pandai masak tak rugi, tak reti masak yang susah...

TedungS said...

aku sutuju sama itu nombol 2,3,6. tambah satu lagi, laki masak pasal nak impress@ngurat pompuan heheh

yus said...

haha....tepat untuk 13may ni..hihi.

tyrexia said...

wanita kasi can kt lelaki jd chef terkenal, kalau ikutkan, wanita lgi ramai yg memasak dr lelaki...
hehe...

x main la nk terkenal atas benda yg biasa buat tiap2 hari... xde thrill... kalau nk terkenal, biar la benda yg pempuan x slalu buat, xde la bosan... cm pegi kutub utara ke...

akirasuri said...

ps: Aku ingat nak carik sorang tukang masak la....hehhe <<< ni adakah membawa maksud mahu menikah? ehem! jangan main kayu banyak-banyak tau bila dah menikah :)

Mimi Amilia said...

uik..mental therapy? Memasak tu i punya therapy...tiru..tiru..

debikdebuk said...

tukang masak no.1 = lelaki
tukang jahit no.1 = lelaki
mak andam no.1 = lelaki


So, yang hebat adalah lelaki gak..

ha ha ha ha....


btw.... hasil kajian ko mmg tepat...

bang_gugar : said...

salam,
hhmmm... cari tukang masak ye?..
aku cadang ambik chef wan la
(",)

noushy syah said...

hehhehhe..sardine, telo-kicap-sardine!! Wah senangnya dapat dapat hubby suka mkn yg ni aje...besh besh!

Sunan_Jati said...

owarimasio...jamata..!!!
doujo yoroshiku onegaishimasu....

PayaKubor said...

oit..kau pergi siam cari tukang masak ke???

RaFFLeSiA MeRaH said...

ko bela chef wan jer laaa jadi sugar daddy ko...abih citer....muehehehe...

Cik Kema said...

cepat-cepat menikah! ;)

KAMARSURIA said...

tukang masak?? kalau tukang masak jerk orang mesti ingat nak kawin..psttt isteri bukan tukang masak..alahai emo la plak..

Intan said...

orang lelaki memang patut pandai memasak sbb 1. suka sangat makan 2. suka sangat komen pasal makan. tu sbb kalau nak cari tukang masak, carilah lelaki hahaha!

Aku Bukan Bidadari said...

nak tambah..

1. org lelaki kalo masak bunyi bising smpai keluar walhal masak telur goreng jer.. hahahah

2. org lelaki kalau amik gram/rempah/gula mesti berterabor nk tak pakai sudu..cehh pakai tangan jer

3. org lelaki kalau masak byk bekas diaorang guna walhal nk goreng telur dadar jer tuh.. imagine ar.. ahhhh!!!

betui dak???

ayu_mkay said...

nak komen kat ps tu jer. setuju banget kalau hang nak carik sorang tukang masak. tak yah makan megi selalu :P

Angel Eyes said...

apasala masak maggi kari jer? perisa lain tarak kat dlm laci lagi ker?

apasal malas nak basuh pinggan mangkuk, pandai masak pandai lah cuci. if not, pakai jer pinggan kertas!

-ApiZoLLa- said...

huhuhuhu...
aku rasa laki ni bole menjadikan makanan hebat walaupun xbyk resource...

e:g- laki bole selamba je campurkan kari ayam dlm tin ngan sambal ikan bilis tanpa ragu2....

ad3ck said...

haha

Mr PenyuBiru said...

disebabkan lelaki memasak tanpa memakai baju, adalah tidak meng-hairan-kan jika rasa masakan tersebut sedikit masin atau terdapat rerambut dalam masakan tersebut. eeiei! yerk!

kingbinjai said...

aku tidak setuju yang nombr 3 tu

K i a H R o N g G e n G said...

tak kera lah cam ne pong laki masak "Janji Masak"..perot sendiri,sendiri layan Vrommmmm Cabut
Note:"Deii Tambie Maggies Goreng (Surelah perisa Kari kohkohkohkoh) satu"

oh my oh my said...

aku masak sebab sengkek...hohoho

Sunan_Jati said...

owarimasio...jamata..!!!
doujo yoroshiku onegaishimasu....

Sunan_Jati said...

owarimasio...jamata..!!!doujo shiku onegaishimasu....

ZueRieNa said...

macha!kena igt satu prinsip..makanan tak pernah mengecewakan..Jadi masak je lah walau pun ampeh!Abah kami terer masaK.ALAHAI cedap nye megi pelbagai rasa dia wat..ngeh3!Jadi,makanan adalah salah satu enzim gumbira juga hormon suke buat jiwa raga senang. maka makan lah!masak lah cane gaya pun tapi pakai lah baju and jaga kebersihan.geli weyh!perisa tambahan adalh tak dibenarkan oleh kementerian kesihatan.wokies!

jaja said...

aku tanak 'apabila lelaki di dapur'..

cikdinz said...

artistik dan penuh splastik.
semua tuh betul....

areyoung said...

masak tak pakai baju, pastu isap rokok?

iyee!

Orang Biasa said...

laki kalu masak memang main tibai jer...haha...aku penah masak Maggi dengan telur tembelang. tapi sebab sayang nak buang maggi tu aku ngap jer sampai licin...alhamdulillah sampai sekarang idup lagi

ween said...

masak???? hang??? kahakkahkhakhakhakhahkkhahka!! betoi ka ni?
ni sah masak ayaq buat kopi o..

KOPI O SATU..

ps: kalau tera meh sini masak ku nak test!!

che'fara said...

baba saya tak pandai masak.tapi dia pandai suh saya masak.

pandai kan dia?

blue_cherry said...

May, ada sebab chef tu byk orang lelaki.. orang perempuan berwawasan nak jadi management division not kitchen division.. huang huang

tp aku tetap suka masak, selain buat management.. ha ha.

orochi said...

kenyataan 1-7 amat dipersetujui.
kenyataan 8 diragui sebab kalau housemate aku masak tak sedap selamba jer aku cakap tak sedap. Pastu dia pun kata "macam ko masak sedap". Kesimpulannya, dua-dua tak reti masak.. hahaha...

orochi said...

e:g- laki bole selamba je campurkan kari ayam dlm tin ngan sambal ikan bilis tanpa ragu2....

kenapa aku rasa cam ada orang ngata aku ni? hahaha...

khairyn said...

masak mental therapy? fuh! first time dengar.

p/s: cepat-cepat la cari 'tukang masak' yang halal. Lagi segera lagi bagus hehehe

Kak Lady said...

Yang paling akak sokong...ialah statement 2, 3 ,4 5 & 8...no. 8 paling tak aci sekalik...tau komplen aje...

izinni said...

entah kenapa aku sokong semua yang ko tulis tu. hehehhehe terutama part nak cari tukang maska tu .. aku sokong sesangat! ekekeke

hakim dirani said...

Satu rasepi yang saya boleh buat selain yang anda sebutkan itu ialah sup. tapi kawan-kawan dengki, mereka cakap tak sedap. ikhlas punya kawan.

Azer Mantessa said...

aku rasa la kan, hehehe kita org lelaki nih pandai memasak sebab kita pandai merasa sedap ka tak sedap. sebab kita pandai merasa maka kitalah pandai memasak walaupun kita tak tahu memasak ... hehehehehehe

shahril aley said...

aku rasa kalau tukang masak professional mestilah lelaki tapi kalau tukang masak kat umah memang tak boleh kalahkan mak sendiri masak sampai menjilat jari...nyumnyum...perut trase lapar plak

ezu said...

ayat yg last tu xley blah..
hahahahaa

dikondem kondem pehtu sure nak menang gak :P

bang_gugar : said...

salam,
meggi yg aku mntak dah siap masak ke belum?..

KYORA said...

yes...agree... bersepah dapur kalau abg2 aku yang masak.. rimas..

lindosh said...

kalo semata2 carik tukang masak ja.. aku rasa ang pong terer masak ye dak? kot laaa nak carik 'tukang yg lain'.. ek ehemm! ngeh ngeh ngehhhh

BaYu SenJa said...

lelaki masak rajin, cuci dapur tobat lahum malas pait !!! tu la yang terjadi kat umah aku :)

sebab lelaki itu tak pandai mengemaslah menjadikan lelaki tukang masak terhandal di dunia..
perempuan asyik nak mengemas, last2 masakan tak dihirau sangat.
kot2 la...

green apple said...

sama la. laki aku pun aku dah bagi makan nasik pun pastu dia mesti nak melantak maggi. tapi laki aku lagi terer, takyah masak megi, dia kunyah terus. tapi aku suka, sekurang-kurangnya dapur aku tak sepahh...:D

~comei~ said...

iklan...org penang ada nk beli rumah tak??

Rumah untuk dijual

Taman Machang Bubuk, Bukit Mertajam , Penang
2 tingkat ,
renovation inside
RM190,000


Hubungi:
NATASYA
012-5768416

azzam bellamy said...

ni lari dr tajuk, beb..tp sesuai utk ko di saat dn ketika ni..


MULA-MULA

Kenapa lelaki CARI PEREMPUAN:
1.pasal nak isi kekosongan hati.
2.ada yg boleh mendengar luahan diri.
3.temankan makan kt gerai.
4.supaya org tk kata ko gay.


KEMUDIAN

Kenapa lelaki BERCINTA DENGAN PEREMPUAN:
1.utk menampakkn diri ko macho.
2.org tgok ko mmg terer dpt ngurat perempuan.
3.utk merasa apa itu kasih sayang.
4.utk blajar cara2 mlepaskan krinduan dgn 'physical therapy'.


AKHIRNYA

Kenapa lelaki BERPISAH DENGAN PEREMPUAN:
1.perempuan dh jmpa jantan lain.
2.ko trlebih 'jujur' dr perempuan.
3.perempuan nk sesuatu yg 'lebih' tp ko tk bagi.
4.dah mmg nasib kita..hahaha!

cool, dude! ko gi mndi dulu. lupakan bnda yg lalu. tarik nafas dalam2.

esok2 kita boleh sembang pasal rahsia di balik pakaian dalam perempuan..hehehe!

chow, beb!

keechapsoda said...

ko ni boleh terbit buku lah. aku rasa org laki yg suke benor keje org pompuan ni termasuk dlm kategori lembut sket. kalo yg keja kat hotel2 tu dah kira profesion dorang. cuba ko tengok kat celebriti chef lelaki - chef wan, chef ismail, jaafar onn?? tu sumer cemana orangnye...heheheh.

ween said...

aik iklan jual ghumah pon ada....

kakLuna said...

laki aku pandai masak, tapi tak la tanggal baju, merokok bagai..

tu hang saja la kot.. :P

nUr@dDeEn said...

Wei, I'm back! Hahahaha..!!
Aku bersetuju dgn alasan yang pertama, kedua, dan terakhir. Yg lain-lain tuh saja ja nak tunjuk hahahahaha..!!

Sunan_Jati said...

makluman:

tadi 13may msj...dia demam hari ni.
MC 2 hari...

Nel said...

Actually sesiapa pun ada cara tersendiri..bagaimana cara dia memasak penampilan dia nak merokok mcmana pun itu style dia..tak perlu nak pertikai..mungkin dia nampak tak pandai memasak tapi rendah diri..sendiri mau rasa masakan dia baru tau..

goboklama said...

paling tak suka no.4 tu! pernah beberapa kali jumpa tukang masak/tukang kipas satay merokok, terus kensel nak makan kat situ! sbb.utama mengapa chef2 trkemuka dunia bukannya wanita adalah kerana kulit muka lelaki lebih tebal & tahan lasak bila kena panas, kena asap & kena maki ketua chef/pelanggan,ha..ha..ha..!!!!

13may said...

zwit: bagi alamat umah;)

sha: betoi...memang buat tebiat...hahha

esampah: macho hapa...haha

sunan: hoih hoih!!!

masy: laki tu tukang basuh pinggan...hahha

darling: hahha...nanti sampai musim kita makan nasi minyak...hahha

haloG: pompuan masak pasai sayang kat laki dia...hahha

akak: akak...nescafe akak memang sempoi la...hahha

ruru: hahha...sapa la agaknya laki tuh...hehhe

wan: hehhe...

leeds: aku masak...marveles!!!

mizzamy: hehhe...ayaq tangan tu yg penting...

mummy: betoi betoi:D

achik: nak wat camna...dah lumrah sebagai lelaki...hahha

tintahati: hehhe...geli tapi menawan...hahha

kakSya: hahha...

ayaqmasak: hehhe...jom kita lawan masak sapa sedap??? takut...takutttt...

elly: hehhe...lamanya menghilang;)

azzam: hehhe...biar hidup dlm misteri...jgn hidup dlm blues...hahha

other wan: hahha...setuju setuju...lepas makan, mesti menghala ke toilet...hahha

pa'chik: betoi gak kan...

shimahz: hahha...ushar kaki la woiii!!! hahha...

BP: yesss!!!

sastri: itu sudah cukup bagus...hahha

iman: hehhe...meh nak rasa masakan Iman plak la....

payakubor: hahha...standard la camtu....hohho

ahni: hahha...bukak sikit saja...hahha

tedungS: betoi betoi:D

yus: tima kasih:)

tyrexia: hehhe...defensive nampak...hahha

akira: dulu nak masak, kena guna byk kayu api...hahha

mimi: oh! ye ke??? sama la kita;)

debik: hehhe...caya la!!!

bangGugar: huh! buang karan amik dia...hahha

NSyah: keh keh keh...save budget...hahha

sunan: hait hait!!!

payakubor: aku suka makan tomyam:D

RM: anak dia nak buang kat mana??? hahha

cik kema: ehem ehem;)

kamarsuria: ntah...sapa la nak kawin nih...hahha

intan: hehhe...

bidadari: hehhe...sapa laki tuh??? hahha...

ayu_Mkay: cepat dimasak maaa...hahha

angel: hehhe...rekomen kat I satu perisa...hahha

apiZolla: wah! penuh pengalaman nampak...hahha

ad3ck: hang reti masak hapa woi????

penyu: ceh! masam tak biasa plak...hahha

king: hahha...bila nak memasak nih???

kiah: hehhe...biasa la tuh...standard...

oh my oh my: ya ya...aku tahu...hehhe

sunan: hait hait!!!

sunan: hait hait!!!

zuerina: hahha....itu perisa tambahan yg ori tau...hahha

jaja: hehhe....

cikDinz: hahha...

areyoung: macho kan??? hahha...

OB: hoh! dasat betoi hang...kagum kagum:D

ween: hehhe...jom arr test...masak megi kari sapa yg lagi cepat...hahha

che'fara: meh saya masak untuk awak...nak tak??? hahha...

BlueCeri: hehhe...iya la tuh:P

orochi: hahha...anda dah semakin memahami...hahha

orochi: hahahahaha....

khairynn: dok tgh kumpul duit untuk beli barangan dapur....hehhe;)

kakLady: hahha....nak wat camna...

izinni: keh keh keh....

hakim: hehhe...kim salam kat kawan anda yea:D

azer: betoi betoi...bila nak ON blog balik brader??? hahha...

aley: hehhe...bertuah la hang ada mak lagi...kim salam kat mak hang yea:)

ezu: hehhe...lelaki normal memang camtu...hahha

Gugar: salam kembali...aku dah balun habih dah...hahha

kyora: kah kah kah...memang abg hang lelaki sejati!!!

Lindosh: hoih hoih!!!

bayusenja: hmmm...ada betoi jugak...hahha

greenApple: hehhe...hebat betoi laki hang:D

comei: hehhe...

azzam: hehhe...nak kena berguru ngan hang nih...hahha!

keechapSoda: hehhe...iron chef camna plak??? hahha...

ween: hehhe...layan layan:D

kakLuna: kah kah kah...kim salam kat laki hang...hahha

NorDeen: wahahahha...nanti aku pi jenguk hang...

sunan: esok kita pi minum...tapi hang kecoh!!!

nel: hehhe...nak rasa masakan saya tak??? hahha...

goboklama: itu style la....hahha

hotmama said...

bro aku mmg sokong org lelaki la yg paling ramai jadik chef...
tp laki aku jadik chef masa aku peknen jerk...tu pun sbb aku alergik masak vleyy?? letih okeh akak makan nasik goreng jerk, sbb tu jerk yg dia tahu..dng goreng telur...hampess..!!
nak caik tukang masak?? lain jerk bunyiknya...ehemm..

M.I.S.S.Y said...

can i still apply for the post? *wink

13may said...

hotmama: ehemmm...ehemmmm;)

missy: hmmmm....nak kena check list dulu...btw, i'll put on my KIV list...hahha:P

auroralina said...

# Lelaki kadang2 memang suka memasak....tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk...

haha yg ni btul tgk aje owang umah aku ni rajin masak tp cuci periuk bontot periuk pon malas wakakaka...

# Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri...

yg nipon btul...

Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng'komplen' nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita...hahha...

erk hehe perli nampak...:P

skidg8 said...

sy pandai buat kek.masak2 sket.. ok la...
ok?
haha

AM said...

megi kari tarok sos tomato sikit + telur.. layaaaan!

Diyanazman said...

huahuahua!!! aku rasa sebab yg terakhir tu je boleh pakai... buang tabiat!!!

13may said...

KakLina: keh keh....

am: waaaa...best best!!!

diyanazman: kah kah kah:P

LaDySLeepLeSS said...

Cari tukang masak??? Hehehehe... :) Tak sempat tulis blog arr... masih sibuk projek mengecat... :)Tengoklah malam-malam nanti

13may said...

ladysleepless: hehhe...berminat nak jadik tukang masak 13may ker??? hahha

cerita dewasa said...


Keep up the good work!
Thanks for sharing.
cerita dewasa / cerita 17 tahun / cerita panas
cerita sex / cerita abg / cerita bokep / gambar bokep
abg hot / gambar hot / cerita horny / cerita hot

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may