Friday, September 23, 2011

Teka teki teka tekuk

Di sini ada satu teka teki
Siang malam buat tak peduli
Lantak la nak bunyi berapa kali
Apa benda kalau tuan bijak bestari

Memang tuan bijak sekali
jawapannya ialah bila tepon pompuan berbunyi
Tapi apa sebab benda ini terjadi?
Biasa laa...pompuan merajuk memang macam ni

Di sana ada satu masalah
Tengah manis manis terus ia berubah
Masam manis pahit kelat semua bercampur sudah
Kalau tuan pandai, sila jawab lah

Memang tak sangka sama sekali
Tuan makan apa bijak sampai camni
Jawapannya memang sikit pun tak lari
Ni lah rupa bila pompuan merajuk tak abis lagi

Kejap kejap, tuan nak pegi mana ni?
Teka teki tak abis lagi
Ada lagi soalan yang nak diberi
Nombor apa yang paling lelaki benci?

Alaa...kacang sangat soalan yang di beri
Budak sekolah pun boleh jawab soalan ni
Jawapan bagi nombor yang lelaki paling benci
Biasa laa...Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi!

huh!

13 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

serius guwa ingat jawapan yg atas tu azan

blog-tips-kurus said...

indah sungguh gurindam anda..
tekaan en Yusuf M itu pon indah juga.. ;)

ainzoo said...

Ingatkan nak jawab `bunyi pompuan berleter` tadi... :)

Ibu jari keatas utk entri ini.

Dua kali pandang tadi. Ingatkan salah baca, rupa2nya mmg btul ada notification new entry... lama tul nunggunya Incik May. Bulan September baru timbul :)
(konon2 tak paham dengan komitmen&tuntutan kerja sehari2.. hihi)

Masy said...

oooooooooooooooo
hohoho ape nk komen tah pun tatau haaa hehe

diana ghazali said...

ayam nak makan kena berkuis,
lama betul tak menulis?

hehe

Maryam said...

tinggal jejak...

zonaku said...

adakah keaktifan bakal berkekalan?

Cik Khurai Nasir said...

Kenapa tak terfikir pun apa jawapannya? Mungkin otak semakin beku.. :p

nuyuljana said...

cool!

hello incik may may :)

skidg8 said...

hehe..sy suka baca encik may nye cerita.yey!

Alice said...

Tak main la merajuk off hp. mcm budak kecik! :P

epalejau said...

satu soalan pun epal tak terpikir apa jawapan dia! memang fail lah macam ni...:)

NEXT TO YOU SHOP said...

Hye Semua,

Jemput ke blog Tupperware sy
http://tuppnexttoyou.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may