Thursday, December 06, 2007

124: Awet muda???

Berikut merupakan antara rahsia lelaki kekal awet muda...

Rata rata pompuan amat sukar melemparkan senyuman terutamanya pada kaum berlainan jantina. Mereka buleh buat kering kering saja andainya berselisih dengan orang. Ada juga tidak mahu membalas senyuman terutamanya dari lelaki yang mereka tidak kenal. Kadang kadang sesama pompuan sendiri pun sudah nak senyum. Berbanding lelaki yang sentiasa melemparkan senyuman tidak kira jantina, tua muda, masa atau tempat. Lelaki amat mudah tersenyum jika berselisih samada orang itu dikenali rapat atau sebaliknya. Itu belum kira terserempak ngan pompuan pompuan cantik serta comel comel, lagi la lelaki ini mudah tersenyum.

Kebanyakkan pompuan mempunyai tido yang kurang mencukupi. Pompuan selalu tido lambat pada waktu malam dan selalunya bangun awal pagi. Ini menyebabkan gangguan pada sistem badan dan seterusnya akan mengakibatkan kemurungan. Lelaki pulak sebaliknya di mana lelaki selalunya mempunyai tempoh tido yang amat ideal serta kadang kadang melampau lampau. Lelaki berupaya untuk tido melebihi 12 jam. Ada juga lelaki kalau boleh tido...alamatnya macam orang mati. Bila terasa lapar atau ada hal mustahak baru lelaki ini akan bangun dari tido. Bila mempunyai tido yang secukupnya, maka badan akan sentiasa cergas dan muka sentiasa ceria.

Majoritinya pompuan akan mengawal pemakanan mereka. Mereka selalunya mengambil makanan yang agak tak patut..contohnya cuma makan nasi satu sudu. Oh! Tak dapat bayangkan camna buleh kenyang dengan makan nasi satu sudu tuh. Bila makan tak kenyang, maka secara otomatik kita akan ada gangguan mental. Sebab kita amat mudah jadik marah jika kita asyik kelaparan. Bila asyik marah marah, maka secara tak langsung emosi kita akan terganggu akan mencepatkan proses penuaan. Berbanding lelaki, selagi buleh sumbat dalam mulut...lelaki akan sumbat. Selagi tak sakit sakit, lelaki akan telan. Pendek kata, tolak batu dengan kayu saja. Apabila kita berasa puas makan, kita akan berasa gembira. Macam peribahasa kenyang perut senang hati. Bila senang hati otomatiknya mental kita akan sihat dan melambatkan proses penuaan.

Pompuan juga senang berasa runsing tak tentu hala. Jika ada masalah kecil pun, mereka sudah susah hati. Contohnya baju takde untuk pegi umah orang kawin. Perkara macam ni pun akan membuatkan pompuan berasa runsing dan susah hati. Pening memikirkan pakaian mana yang hendak dipakai semasa bertandang ke rumah kenduri nanti. Runsing adalah salah satu penyakit yang melibatkan mental dan fizikal. Bila runsing, kita akan sering sakit kepala. Bila sakit kepala asyik nak gosok gosok kepala. Bila asyik asyik gosok kepala, lama lama rambut akan gugur. Rambut gugur menandakan kita sedang mengalami proses penuaan. Berbanding lelaki yang boleh dilihat amat jarang menjadi runsing. Sebab lelaki selalu berpendapat, semua masalah boleh diselesaikan. Lelaki juga sering menganggap masalah yang dihadapinya adalah masalah kecil. Walaupun kadang kadang lelaki juga runsing dan asyik gosok kepala hingga rambut gugur sampai hampir botak, tapi botak macho hapa...

Akhir sekali, anda semua tentu pernah dengar tentang ungkapan kepada lelaki: Makin tua makin menjadi???
Ungkapan ini selalunya diuturkan oleh pompuan kepada lelaki. Jika dikaji kaji...ungkapan ini akan di ucapkan apabila pompuan jeles dengan kehidupan lelaki yang sering bersuka ria walaupun umur sudah semakin meningkat. Sifat jeles itu secara tak langsung akan membuatkan pompuan berasa stress dan tertekan. Bila asyik tertekan, sudah pasti muka akan cepat berkedut kedut dan secara tak langsung akan membuatkan pompuan kelihatan tua. Tapi pompuan harus tahu, kaum lelaki ini walaupun mereka sudah berumur, hati mereka tetap muda. Sebab tu makin menjadi jadi....hehhe

Kesimpulan:
Jangan jeles :P

92 comments:

Shumierain said...

yeiyei dpt jd org first..

Maymay,
pompuan bkn jeles kat laki bl tua makin m'jd tp org pompuan ni bg nasihat..yelah org laki ni kan xsedar diriiiii..
DAH TUA, PALA BOTAK PAS 2 LAK PAKEJ GAN PERUT BUNCIT TP STILL NAK MERENYAM LG..HUIHHHH...

byl said...

1) Laki yang suka senyum tak tentu hala tu kurang siuman.
2) Laki yang tido mencukupi tu penerima anuregah penganggur berjaya
3) Kluar date asyik perempuan je yang bayar. Mana tak senang hati si lelaki tu.
4) Lelaki tak runsing sebab memang baju tu jela yang dia bawak tidur, pegi keje, keluar date. Mana nak fikir keadaan diri
5) Memang menjadi-jadi. Miang tak tahan.

:)

Mak Su said...

13may runsing fikirkan makhluk pempuan yang runsing, 13may, sila tarik nafas dalam2 dan lepaskan slow2, ya... ulang lagi, ulang lagi sehingga anda rasa relax, lepas ni boleh bedal nasik berapa pinggan pun

13may said...

ShumieRain: tak puas hati nampak :P

BudakLara: hmmm...tak berapa tepat. Sila cuba lagi :)

maksu: hehhe...camna maksu tau nih :D

Anonymous said...

haha..mmg best jadik laki..proud to be a man..
makin tua makin menjadi?jadi?laki kan ada 4 kouta..apa lagi nak dikata?
aku ni selalu org igt tua sbb berjanggut..tp sekali aku cukur,sume igt aku dak sekolah menengah..hahaha..ohh.senangnya hatiku...

(aku xda link..xterbukak pintu ati nk berblog lg..aku lelaki yg xkomited agaknya..hahaha,janji awet mudee..)

13may said...

beriBeri: anda memang lelaki sejati! :D

Qaseh Bidadari said...

mama selalu jpe lelaki 40+ yg memang miang ngan anak2 dara sebaya umo anak2 mereka...hehehe...

anasyhh said...

may nih bole jadik pakar psikik ar..sume bnda pasal pomuan ngn laki dia tahu..
kalo pompuan suke ngorat laki apa plak pasal pe plakj may??

Anonymous said...

May,
Sudah terlambatlah dapat tips semua tu. Tak boleh lah awek muda nampaknya.

achik said...

hahahaha.. ko mmg bijak!!! ;)

chiku the chucuru said...

nak komen dulu...baru bacaaa...

13may said...

mamaRanggie: hehhe...no komen la camtu :D

amy: oh! laki tu tua ke muda??? hehhe

PakZabs: hehhe...yg penting kena jaga kesihatan :)

achik: tima kasih...mana number phone?

fiezaFadilla: jgn lupa beli tshirt kat yea...hehhe ;)

arsaili said...

umm good conclusion may...ahaks

Ayaq said...

#1 camna aku nak senyum kat laki kalau dia suka senyum gatai. Korek bijik mata baru tau.

#2 bagi pompuan yang dah berkawin, depa tidoq lambat sebab terpaksa kemaih rumah cuci pinggan basuh baju dan segala2nya yang orang laki tak reti (dan pemalaih) nak buat. Depa bangun awai pulak sebab nak gosok baju kerja+buat brekpes kat laki depa yang kuat makan kalo tak laki tu jugak yang dok beletiaq kata bini tak reti jaga laki. Apa kes?!

#3 not applied to me. Sekian.

#4 sila lihat atas. Sekian.

#5 Tu bukan hati muda, tu tak sedaq diri dah tua.

ajdhakdhakjf.

13may said...

arsaili: tima kasih :)

ayaqmasak: jelessss!!! wahahahahha :P

Unknown said...

bro, saye tukar name blog in order to ’saje-saje’.. hehe.
klo rase rindu nk jenguk my blog, tukar la link nye :
ninadewe –> adwthingy
thx for ur attention ^_^

n,
klo boleh.. bg alamat e-mail..
plan nak buat blog tu private.
tp, tgh menimbang-nimbang lg nie..
lom pasti. just in case.
tengkyuuu.

AiRynnz said...

ryn maintain awet muda dr dulu smpai sekarang ni......... jgn jeles may :p

Anonymous said...

Awet muda?
Mudakah kamu encik?

*ketawa jahat*

Amyz! said...

Hahahahahaha. Pandai-pandaiiii je lah. Hahaha. :-p

shasha said...

elllleeeeehh~~~!!!..tak jeles pun..*bweeekk~~

Unknown said...

satu lagi petua aku nak kongsi utk awet muda...sentiasa ingat diri sendiri adalah muda walaupon dah tua...contohnya aku, tiap2 tahun pon umur 18 :))

tapi aku stuju klau nak nampak muda kene tido cukup2...sebab tu aku tido awal....sebab tu aku comel :">

Anonymous said...

nak kena bg email blogger eh? ni ha : cikciki@gmail.com
meh invite aku meh

me3n said...

"Tapi pompuan harus tahu, kaum lelaki ini walaupun mereka sudah berumur, hati mereka tetap muda. Sebab tu makin menjadi jadi....hehhe"

err..setuju!! haha

Miss Reen said...

harharharhar~
syiok lar tgk gelagat lelaki dan pompuan...
tp agak2 kan..kalo pompuan yg buat perangai cam lelaki tuh..
mesti kena kutuk...
patut kalo ader pasangan kiter yg prangai cam lelaki disebut oleh maymay...
kite wat balek perangai itu..
baru padan muka ...
harharharhar~

KakNi said...

Ye ke ye ke ye ke?

Orang lelaki memang perasan!

pandagumuk. said...

laki mmg lg tua lg menjadi2..sampai ade middle age crisis.hu~

Anonymous said...

en.13may,
terasa nak mengomen plak..

sekarang haampir 1 pagi..saya masih belum tidur. Kenapa? sebab saya termasuk dalam semua golongan perempuan yg en.may sebutkan tu. Jadi..adakah saya tak cukup awet muda?

owh..kena tanya arsaili ni..

ARSAILI...saya nampak tua ke?hehe

kesimpulannya : hehe jgn jeles

Noushy Syah said...

hehhehhe...

Tido lebih dari 8jam baik lelaki atau pompuan dewasa menjadikan muka sembab, tak bercahaya bukannya sebaliknya...tu tanda pemalas, sbb tu tido sampai tak igt dunia hehehhe..

Kaklong Syikin said...

salam,

menarik entri ni :D

err..awat lelaki lagi ramai yang botak sebenarnya? ni bukan yg saja botakkan kepala tu, tp yang gugur rambutnya..bukan lelaki ke yang paling ramai runsing? mcm, runsing camner nak tipu bini nak keluar dating hari2, runsing segala bil rumah bertambah, tp gaji takat tu aje, dll :)

Masy said...

abg may², ada bantahan kecil la. harap tak kecik hati bwahahahaahah

1. susah jadi pompan. klu senyum merata2 nanti org kata kite pompan miang, x senyum org kata sombong. uiks susah susah..

2. pompan yg dah kawen slalu gitu le, kurang tdo. kurang tdo malam sbb laki (takkan x paham kot :p), kurang tdo siang sbb laki gak + anak2. klu pompan bgn lmbt cam laki, sape nk masak bekpes? jiran seblah? uiksss susah susah..

3.klu x kawal makan, nanti gemuk. bila gemuk, nanti laki cari pompan len. uikss susah susah..

4.klu tak runsingkan hal kecik2, nanti hal tu jadik beso. bila hal beso mesti lelaki yg kene pikirkan, betoi? maka pompuan sbnrnye mmbantu mengurangkan risiko cepat mati di kalangan lelaki, malangnye pompan plk yg jdi susah ati. uikss susah susah...

5. makin tua makin menjadi ye. dasar lelaki! uikss susah susah

kesimpulan : lelaki mmg suke cari alasan je tuh cam abg maymay ahahhaah~

Sya said...

- ye ke lelaki suka senyum?? Kat sana kot. Kat sini lelaki ada yg tak senyum tapi banyaknya suka sengih cam kerang busuk..
- kurang tido? lelaki pun banyak kurang tido.. bertunggu tangga kat kedai mamak sampai tengah malam. Tenet sampai ke pagi.. tenguk sukan sampai ke pagi.. semuanya kerja tak de pekdah. Pompuan berjaga byk pekdah
- makan? tu sebab lelaki paling banyak mati cepat dan paling banyak kena stroke/jantun sebb pemakanan tak dikawal
- tak sume pompuan suka risau.. lagipun kalau risau .. minda bergerak digunakan jadi sel2 otak lambat mati... jadi kurang jadi nyanyuk
- kalau dah tua makin menjadi.. isk harap wanita dijauhkan le makin tua makin menjadi.. nanti lagi susah bau syurga. Wanita makin tua makin ingat mati.. makin nak banyakkan ibadah..phew nasib baik wanita tak makin tua makin menjadi.. tak dpt rahmat Allah tu

cikdinz said...

aku setuju 100% wei....
betul tu..

rekod tido tu sikit sgt. aku dulu buat 18 jam...heheheee...

13may said...

ninadewe: emel: encik13may@gmail.com :)

airynnz: hehhe...keep it up! ;)

mek: masih dok rasa muda ;)

amyz: jgn jeles ok! :P

shasha: kah kah kah :P

cikKipas: hehhe...ni yang nak suka nih ;)

na: hehhe...tunggu!

ad3ck: bagus bagus :D

heartlessDevilish: hehhe...cam tak puas hati ajer :P

ahni: hehhe...itulah rahsia kami! hahha :D

pandagumuk: hati tetap muda maa... ;)

meen: hehhe...bak mai gambaq sekeping nak tengok ;)

NSyah: hehhe hehhe...no komen :D

KakLong: salam kembali...tapi botak tetap macho kakLong :D

masy: hehhe....nampak cam jeles ajer nih :P

kakSya: hahha hahha...adesss...kena angkat bendera putih ler camni :D

CikDinz: 18jam??? tu diaaa...pengakuan berani mati :D

hajarss said...

" Walaupun kadang kadang lelaki juga runsing dan asyik gosok kepala hingga rambut gugur sampai hampir botak, tapi botak macho hapa..."


bleh diguna pakai, tp tidak utk may.. ahahahaha

Ummi M.I.M.S said...

hmm, no wonder laa asben ummi asyik perasan dia mude belier jerr.. rupenyer mmg org lelaki sumer nyer mcm ni ek.. heheheh

nur'ain said...

haha. pndai nyer. pndai die susun citer jd real. sronok baca. hehe.

13may said...

hajarss: ceh! jeles la tuh :P

ummiMontel: keh keh keh...kena pantau elok elok...hahha :D

nur'ain: memang citer real pun...huhhu :P

Anonymous said...

saya sokong 100%! hoyeah.. hoyeah..

Anonymous said...

Yap. Tepat sekali. Heh!

Cikgu Era said...

ohhh..lelaki yg tak reti runsing ni yg sebenarnya buat pompuan runsing..!!
semua amik mudah...yg susah² semua pass kat pompuan..pastu cas pompuan runsing tak bertempat..
apedaaaaa...
hangin plak rasenyer...

aria ayumi said...

perghh. boleh tido lebih dr 12 jam? ape tak pening ke kepala kamo? tapi, mmg setuju gak ah. lelaki tido mesti tido mati. menyusahkan owang bile nak kene kejut.

yg senyum terlebih tu gatal namanya. paham tak may... hehe

Anonymous said...

hahaha...ni defend diri sendiri la ni ye bro?

Chik chuMeLL said...

ish2...yeke pompuan cmtu..emm...kalu senyum lebih2 nnt org kata gilos plak..tp org lelaki ni kdg2 cpt lupa diri,so org pompuan ni dgn baikhati nya bg nasihat kt org laki...org lelaki ni ego tggi..emm..kan..kan..???
hehe...salam kenal dr sy..

cheerio..!!

Miz

flush said...

bahagia nya jadi lelaki.. ckp dpan cermin ka..

Mardihah said...

salah..bukan...bohong semua ni...hehehe
kiter suker senyummmmmmm :)kan 13May?

13may said...

orochi: hehhe :D

azzamSupardi: maintain muda dan macho ok! :D

cikSeri: hehhe...sabar cik kak :P

ariaAyumi: mana ada gatal...cuba nasib la :D

halogamora: lebih kurang camtu la :D

insanBiasa: errr...errrr...salam kembali ;)

flush: keh keh keh...janji hensem :D

qudwahMardihah: manis sekali senyuman :)

posmen said...

hahaha lu mmg ringgo.

ppn x tau, byk tido dpt byk ilmu.. hahahaha

boleh keja jabatan pemetaan tu.. hehe

Anonymous said...

@ hari² bile traffic jem selalu tgk muke ketat diorang..cane nak awet muda...kita senyum pun lyn. x nak jem naik komuter lah..

@ Makin tua makin menjadi???
Coz lelaki perlu berkahwin 3. Kawen 1kali IsOne
Kawen 2kali IsTwo
Kawen 3kali IsThree=Isteri..


p.s: jgn mrh sape yg jd #3

p.s.s: 13may tiket MCR ahad nie abis...x da can nak bg free.

Nur Hafiza Hasan said...

ada logika jugak points che may..
kehkehkehkeh..

LaDySLeepLeSS said...

Hehehehe... :)

hUmmY said...

patotla aku awet muda!

suke senyom!

mkn cukop!

tedo pon cukop!

rambot selembut baby~

astu aku x pna pk tade bj sbb aku rajen baso bj!

n lasly..

ko mmg gatal may!

ahahahahahahahaahhaha!

Anonymous said...

1st time dtg melawat..cool ah entri ni..:D

zh-ena said...

ala lelaki yg dah berumur nie confirm punyer perut boroi ngan kepala botak..pastu gatal sgt ngan ank2 dara..geli btl tgk perangai org lelaki tua yg perangai muda..tak sedar diri tu..

kawaii_desu said...

takdak keja nak jeles2:
1. lelaki suka senyum, memang la, gatai punya pasai.... nak meghenyeh saja kerja

2. pompuan ni byk tanggungjawab. kengkadang sampai tgh malam dok berjoget kat dapuq tak abih2 dgn keja rumah. lelaki dan katil, umpama isi dgn kuku... nak mandi pun kena suruh. memang la, malas....

3. pompuan kena la jaga penampilan... kalau ada sikit tak kena, yg komplen tu lelaki jugak... memangla saja cari alasan

4. pompuan menjaga penampilan sebab bawak nama suami or pasangan masing2... lelaki takpa la. sanggup ka pi kenduri bawak isteri pakai kaftan dgn bedak sejuk selepun satu muka? tak kan? memang la, lelaki buat apa pun takpa, botak ka, boroi kaa, kalau pompuan semua tak blh... lepaih tu kata pompuan pikiaq yg bukan2...

5. makin tua makin menjadik? memangla... makin tua makin tak sedaq diri!

huhuhu ada objection?

shafarina said...

May,

Kengkadang pompuan risau sebab ada segaris kedut kat mata. HoHo

Err... aku tak jeles. Sebab aku nampak muda juga.. Nampak cam anak dara pun iye juge. Muahahahahahaha

leeds said...

sib baik lakiku 7 thn lg tua dr aku ngehehehe..

kesimpulannye, pempuan kena cari lelaki lebih tua. so tak jeles. hehe

.::WaNiE::. said...

1-sy amat suke tersenyum & menmpkkan kecomelan sy,sy salu dingurat, utk elakkan sy dingurat sy xsenyumla :P

2-sy akan tido dulu tp hubY akan bgn pagi dulu:p

3-tidak..byk mana pun sy mkn sy tidak akan gemuk/berisi

4-oo ini betul..xdpt disangkal lagi:p this explain why rambut sy gugur teruk nih:p

5-err..xnak komen ..kekeke

13may said...

posmen: hehhe...peta dunia mana dah yg ko dah buat??? hahha hahha

armyzx: errr...mintak number phone...hehhe ;)

missTree: hehhe...jgn jeles yea :P

LadySleepless: hai cikgu! ;)

hummy: mana ada gatal...tak caya, tanya la depa semua...hahha hahha :D

aisar: tima kasih dan selamat datang ke LayanKepala :)

zh-ena: hahha hahha hahha....no komen la! :D

kawaiiDesu: hehhe...belanja aku teh tarik la camni...hahha hahha

wan: hehhe...ni yg nak jeles nih! :P

Leeds: hehhe hehhe...bijak bijak :D

wanie: hehhe...kamu dok runsing apa nih??? nak saya bantu??? hahha hahha

aNIe said...

Kak lady sama pendapat ngan sya...hehehe...

Maner ade org pompuan susah senyum...

Org pompuan lah yang selalunya cukup tido sebab jarang pegi berembun...

Jaga pemakanan...bukan makan sikit...tapi makan makanan yang berkhasiat & balance diet...ulam2...awet muda tu...

Runsing...rasanya kak lady ni susah runsing...sebab tu lah dah veteran pun lom ada uban...

Makin tua makin menjadi...aha...tu betul...org laki memang camtu...kalau dah tua2 jadi macam orang muda...tu bukan awet namanya...tu tak sedor diri dah tua...hahahah...

Sastri said...

hmmm... nasib baik laa kedua2 mak ayah awet muda tanpa ada banyak petua yang susah2... jadi anaknya ini juga bakal awet muda kerana mempunyai gen2 keduanya... :p

13may said...

kakLady: berembun org kata bagus untuk kesihatan badan...org la kata...hahha

sastri: wah! bertuah sungguh :D

Zura said...

hahahaha....
tatau nak komen apa..
sbb btol gak apa yg di kata..
paper pon..
saya bangga menjadi seorang perempuan..
hahahaaa..!!!

K i a H R o N g G e n G said...

Semua nye tidak relevant ngan diri mek...wakahakahkah

- saya tersenyum depan PC ehem
- mek tdo 8jam sehari kot tidak bad mood.malas g keje
- makan nasik sesudu? mana keyang dek noonn sesudu.SUDU kicik ka MAY?
- takat pasal baju mak xambil pot.Ye lah dah xlawa tepek tepong gomak pong tetap tak lawa.isskkk
- alahh memang life being at 40 for most of the men.Ko tak lase lagi penagan nye...

NOte: Ya udah Mak tak JELES OCAY..yacchhhhhh..[alah semua nie kaum wanita buat pong utk sape..kaum adam jugak.]

Anonymous said...

Ha ha ha!

Anonymous said...

Salam...Btul ke laki dh makin tua, hati makin muda ? hrrm...confuse rr...

LadyTiz said...

lelaki kalau tak ada perempuan stress, tak tentu hala, tido tak cukup... senyum pun lain macamm je..

kalau x stress tu bukan laki2 tulen. itu celup2...
pasti mukanya berkedut jugak. x awet.
huhu~

LediAgli said...

Ishk Ishk.. ko ni macam mengutuk pompuan je nih... kang aku sumpah jadik pempuan kang

oh my oh my said...

pandai ah ko siasat

tintaHati said...

Kelako la...mcm ada lojik plak...hehehe....apa pun aku memang awet muda dan sentiasa comei... ;P

Anonymous said...

hahaha betul2..
jadi aku terima dengan suka hati bila dikatakan umur aku awal 20-an.. lalala!!

Anonymous said...

senyum seindah suria yg membawa cahaya..senyum itu satu sedekah..senyum lah senyum lah ..hehe...tp jgn salah senyum..krg dikatakan mereng plak..x pun len plak maksud..haish...nk senyum susah..x senyum susah.

baek senyum kt kambeng je..ahah

Anonymous said...

saket jiwe nye baca... arghhhh... (sambil aksi pukul 13may dgn penyapu lidi *kelepek*kelepek*)

cepotet said...

makin tua makin menjadi eh? takpe, saya tetap suka lelaki tua.

opss, jangan lupa satu perkara. akal lelaki lebih bijak dari wanita tapi akal lelaki cepat lemah apabila makin tua. hakhakhak.. jangan jeles. =p

Unknown said...

Salam May...
Ek eleh... kalau orang lelaki buat kerja cam yang orang pompuan buat, putus 70 urat setiap kali beranak, tak adanya awet mudah dah. Kecut cam prune ada... ngeh.

Super Nia Hana said...

weyy....
bangun awal tu la awet muda ma..
pendek kata ada nur di wajah nya..

patutla may kelam...ahahahah

Intan and The Boys said...

tak, tak jeles pon.

hakikat ni. aku tau. sebab tu aku slalu senyum. orang marah2 aku pon aku senyum.

hahahahaha!

aunieZ said...

heh..antara sbb kdg2 aku taksuke dgn prmpuan yg x reti nk snyum..
tp prmpuan x nk snyum kt laki cos diorg x nk bg laki tu pk prmpuan tummurah sgt..wawawa

DeeN said...

Sebab laparlah boss aku cepat naik darah, mengamuk tak tentu arah. Muekekekeke!!
Apapun, lelaki kadang2 ngada2 kan, kan, kan Muahahahahaha!!!!

Ann said...

ha3..plg setuju yg lelaki ni tido lm giler and sush nk bgn..agaknya klau kna simbh air sebaldi pn x bgn2 lg..=p

AbGJaS said...

Hi 13may,
Yg selalu dirujuk 'life begins at 40' tu lelaki kan? Pompuan camne gamaknye?

sHiBi said...

bro..nak komen psl tido..laki tido bnyk sbb mla wat kje umah..pompuan ni rajin..ehehhehe :p

Unknown said...

sunan kata hang pi intebiu keja.. tempat hat lagik besh ka weh? tawaran lumayan?

blanja makangggggggggggggggg!!

ngeh ngeh ngeh!

Butaseni@Wan Raja said...

ya aku kaki tidur,
dan bila bangun akan tersenyum macam kerang busuk sebab fresh hahahaha
awek muda tuh

bintang hati said...

hehehe...
13may ni kelakar tau...

ada ke bagi fakta mcm tu...
emm...

SALAM KENAL...

Makcik Runner said...

(baca dlm loghat indon)

akan tetapi lelaki juga cepat mati dong! iya selalu pikir mau kawin dua. tidak pernah cukup dengan satu perempuan. lalu dicari itu perempuan sampai dapat tapi loh kapan si isteri dapat tahu habis ditetaknya cukup cukup!

LOL!

Ungku Nor said...

dah makin dasat hang punya kecelaruan pikiran sekarang nih..
hahahaha ;p

muadzlife said...

ye ke..
bukan kah pompuan tu lebih manis?... tak yah senyum pun da manis..

Anonymous said...

aku setuju entry hang kali ni =)
no objection your honour hahahh

13may said...

mishaMi: hehhe... ;)

kiahRonggeng: kamu dah sihat ker kiah??? hahha :D

jowopinter: :D

shakirah: betull...percayalah :D

tyrexia: hehhe...no komen :D

lediagli: jeles ler tuh :P

ohMy: tima kasih :)

tintahati: oh! number phone plsss ;)

kelambu: ceh! tak sedaq diri! kah kah kah :P

chii: *kenyit mata*

infinity: oh! bawa bertenang yea...hahha :P

cepotet: cisss!!! ni yg jeles nih...hahha :P

OD: hehhe hehhe....

Hana: kelam pun takpa...janji org sayang...hahha :P

kurekure: oh! lain macam ajer senyum nih...hahha :P

haziqah: pheewwiitt!!!

Deen: mana ada ngengada....hahha :P

cikNoha: sabar yea...hehhe

abgJas: hehhe...pompuan bila dah ada garis kedut kat bawah mata...hahha :D

syafa: hehhe...actually takde keja nak buat kat umah la...hahha hahha

Lindosh: doakan aku berjaya! ;)

butaseni: tepat sekali! :D

bintangHati: selamat datang ;)

kc: hoh! speaking indon la pulak...hahha hahha

akak: hehhe...nak buat camna....dah takdir :D

muadzlife: hehhe...no komen :)

jaja: waaa...macam tak caya plak...hahha :D

Diana Ishak said...

laki aku asal aku kejutkan pagi-pagi "Ya Allah, paginyaaaaa. Buta mata abang"

p.e.e.p.a said...

wah mnarikny..tp mmg btul pon..slalu je runsing kalo xde baju yg best nak pkai gi umh org kawen.ihiks

13may said...

GreenApple: kesian kat laki hang :D

Peepa: hehhe... :P

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may