Sunday, September 06, 2009

189: Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Salam buat pembaca semua. Entri kali ini ringkas sahaja. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang jenis jenis pompuan yang seringkali menjadi perhatian lelaki.

Pompuan Jalanan:
Pompuan dari golongan ini selalunya mendapat banyak perhatian dari kaum lelaki. Ini kerana sesuai dengan nama gelaran mereka, pompuan golongan ini semestinya amat suka berjalan. Pantang cuti, asyik keluar berjalan. Tak boleh ada masa lapang, amat suka pergi jalan jalan. Mereka juga selalunya amat berpengalaman kerana jauh perjalanan luas pemandangan. Dan lelaki yang keseorangan atau tadak geng nak ajak keluar, semestinya akan mencari pompuan ini untuk di ajak keluar berjalan menemani mereka.Di samping itu, pompuan dari golongan ini juga amat mahir dengan selok belok jalan. So kalau tak mau sesat, lelaki selalunya akan keluar dengan pompuan jalanan.

Pompuan Murahan:
Golongan ini selalunya amat mengetahui tentang jualan jualan murah yang diadakan di mana mana kedai atau pasaraya. Mereka ini selalunya amat mahir dalam bidang komunikasi serta perhubungan awam kerana sering bertengkar dengan tokey tokey kedai semasa sessi tawar menawar harga. Dan selalunya pompuan dari golongan ini mendapat perhatian dari lelaki yang sengkek atau sering kekurangan sumber kewangan. Lelaki akan mencari pompuan golongan ini untuk di ajak pergi membeli belah. So kalau lelaki tak berapa ada duit dan perlu membeli sesuatu, mereka selalunya akan keluar dengan pompuan murahan.

Pompuan Simpanan:
Pompuan golongan ini semestinya amat genius dalam matematik, statistik serta mahir menguruskan akaun. Sesuai dengan gelaran mereka, kebanyakkan pompuan dari golongan ini amat kedekut dalam hal hal berkaitan dengan wang. Atau lebih tepat lagi, golongan pompuan ini adalah kaya raya. Ini kerana semua wang di perolehi mereka akan di belanjakan dengan tahap yang paling minimum. Selebihnya wang mereka akan di simpan. Walau begitu, ada juga terdapat sesetengah kes yang berat di mana semua wang mereka akan di simpan. Dan mereka berbelanja dengan wang teman lelaki mereka. Namun begitu, mereka selalunya mendapat tempat dari kalangan lelaki yang boros kerana lelaki selalunya akan mencari pompuan simpanan bagi mengawal aliran wang mereka. Dan pompuan simpanan ini selalunya menjadi tempat lelaki untuk meminjam duit.

Namun begitu, ada juga golongan pompuan yang telah tidak di ambil peduli oleh kaum lelaki. Antaranya:-

Pompuan Bangsawan: Lelaki sekarang memegang konsep 1Malaysia. Tak kira dah bangsa bangsa ni semua. Janji berkenan, ayattt!!!

Pompuan Tinggalan: Lelaki amat khuatir berdamping atau berkawan dengan golongan ini sebab lelaki itu selalu kena tinggal.

Pompuan Jadian: Yang ni PONDAN! Fullstop. Tamau ulas panjang panjang.


Sekian, hingga kita berjumpa lagi...

ps: Salam mesra di angin nan lalu...SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!

86 comments:

  1. nak tau ciri-ciri lelaki pula. *tiba-tiba demand?* oh, maaf -_-

    ReplyDelete
  2. hampeh.
    definisi yg sangat berbeza dgn ape yg org maklum.

    :P

    ReplyDelete
  3. hahahhahahah..kretip sungguh maymay!! pagi pagi dah berblogging :p

    ReplyDelete
  4. rasenye byk lagi type pompuan ni.. hehe

    ReplyDelete
  5. eleh...lelaki pun ada gak ciri2 yg sama tu...kan kan..salam aidilfitri bro!

    ReplyDelete
  6. salam..

    wah..
    kamus baru nie..

    ;)

    salam sahur..

    wassalam..

    ReplyDelete
  7. nasib baikkkkkk maksud baik2 belaka. haha


    nice entry encikMay! :D

    ReplyDelete
  8. en may..yang mana pilihan ati..?
    wawawah...syabbas inspector sahhab perdana...ini simpulan bahasa yang latest...ilham semasa qiamullail ek? eheh

    ReplyDelete
  9. hahaha...memang ringkas yang amat.hahaha

    ReplyDelete
  10. erkkk!!!
    hentak kaki laju2...
    nasib bek bajet bahasa sopan babeng..

    ReplyDelete
  11. Sempena hari raya yang dah nak dekat ni, gwe ucapkan Selamat Hari Raya untuk loe...

    Kad raya tahun lepas tak sempat balas lagi... hehe :D

    ReplyDelete
  12. Ha ha ha.... ada juga macam tu, ekk.

    ReplyDelete
  13. di angin lalu ku sampaikan pesan~

    hehehe~

    aduhai...

    pelbaagi jenis, boleh pilih kan?

    Zara.
    http://shafaza-zara.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. byk jenis..
    byk pilihan..

    tak gitu....

    ;D

    ReplyDelete
  15. You has given different perspectives to those women. Good! Sungguh bersangka baik skali, Hehe ;D

    ReplyDelete
  16. mcam tak sesuai je ngan huraian?

    haha

    jadi, perempuan bagaimanakah yg menjadi pilihan en 13 may?

    :D

    ReplyDelete
  17. sokong balqissy.

    kalau ada laki yg berkenan kat perempuan jadian, aku lari jauh2 huhuhu

    ReplyDelete
  18. ahaks..nk kata ske jln2..x gak..pandai cari menda yg murah..ada ar sket2..nk kata pandai menyimpan..errmmm...masih belum berkesempatan lgik :p

    ReplyDelete
  19. n3 ko kali ini ada kelainan. ai like hehehe

    ReplyDelete
  20. huhu.entry kali nie sgt kreatiff..
    teruskan blogging! hehee

    ReplyDelete
  21. sume kategori pompan boleh terima walopun maksud toley terima pakai.

    tapi kategori pompan jadian. mmg turn off. *sigh*

    ko pilih yg last eh?

    ReplyDelete
  22. hahahaha...

    takleh blah...tiap2 jenis pompuan tu macam celaka dier punye header...tapi maksud dier sangat sweet...hahahaha...

    saye dalam kategori pompuan simpanan kot...ahaxx~~

    ReplyDelete
  23. Definasi terkini, rujuk kamus mana ni May?

    Selamat Hari Raya. Maaf le kita gurau2 di laman ni,walau pun haram x kenal muka :)

    ReplyDelete
  24. simple n nice.make sure baca abis.kalau x makan hati~heheh.selamat hari raye bro!

    ReplyDelete
  25. pilihan may ??

    ucap slamt raya awal2..
    nak off raya dah ker..?
    nyway,
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
    MAAF BATIN. zahir*klu ade. hehehe

    ReplyDelete
  26. balqissy: eh! rasanya dulu dah penah tulis...hehhe hehhe

    Ryehanna: pemikiran kritis :D

    aima: hehhe hehhe...sementara ada masa nak layan blog :D

    Ashikyn: hehhe hehhe...entri ni nak buat ringkas ringkas saja :D

    shasha: lelaki jalanan takde...lelaki budiman ada laa :D

    cahaya malam: salam kembali :)

    Alice: tima kasih...hehhe hehhe

    ezzati: oh! tukar soalan buleh dak? hehe hehhe

    ainzoo: hehhe hehhe...kamus rahsia :D

    luth: hehhe hehhe...ngeri ngeri :D

    suka bebel: hehhe hehhe hehhe

    Alie: rileks rilek...jgn ngamuk :D

    Acik Aminbakish: wah! apa kabar kawan lama? hehhe hehhe

    kayteeze: ada...cuma kita ajer tak sedar...hehhe hehhe

    zara: wah! berangin angin nampak :D

    intan izani: betul betul...hehe hehhe

    iMa: saya memang 'baik' :D

    farah: errr...ikut keadaan :D

    ayaq masak: ayaqqqq!!!!!

    chii: hahha hahha hahha

    Yunus Badawi: entri ringkas ajer nih :D

    amirah syahirah: tima kasih :D

    MarlissaMusa: yuuhuuu...selamat selamat :)

    nohatanutdya: aku lelaki tulen dan sejati :D

    aslina: waaa...mesti duit banyak nih :D

    Water Lily: sama sama la akak :)

    Ili Saharudin: hehhe hehhe...andai ada terasa hati, ampun...hehhe hehhe

    husni: hehhe hehhe...tatau samada ada masa nak muncul atau tak kat blog...so better wish awai awai :D

    ReplyDelete
  27. bagus betul entry ni ;D

    tp actually byk lg kan type perempuan kat dunia ni? :D

    ReplyDelete
  28. aku "perempuan murahan"??

    description ni dah termaktub dalam kamus dewan kita ke??

    ReplyDelete
  29. miss NadNod: ni entri ringkas ajer :D

    Syima: tgh dok discuss dalam dewan rakyat :D

    ReplyDelete
  30. semua bukan pilihan hati. haha!

    huhu bro. lama tak dtg sini. ingtkn dh takde blog ni -_-'

    btw selamat berpuasa~~

    ReplyDelete
  31. err, agak2 saya ni dalam kategori mana ye?

    haaa..jawab betul2! :D

    ReplyDelete
  32. hahah sengal jek..
    ciri2 lelaki lak takde?

    ReplyDelete
  33. haha...sumpah terbaik entry nieh..:p
    mmg best ah entri2 layan kepala.

    ReplyDelete
  34. selamat ari raya beb

    eh pempuan simpanan best jugak ape kan

    hahhahaa

    ReplyDelete
  35. farah aminuddin: hehhe hehhe...selamat hari raya :D

    miko yamaguchi: errr...sila bagi number tepon...nanti saya sms jawapannya *wink wink* :P

    nemo oOh nemo: lelaki budiman ajer :D

    puppet koyak: tima kasih...hanya sekadar berkongsi keceriaan :)

    oren sangkuit: hahha hahha...no komen :D

    ReplyDelete
  36. nice one... tp terma tu cm nak bg org konpius je.....

    what category does im in? heee =p

    selamat menyambut ari raya.... nak duit raye...huhuh...kasi post ok ;p

    ReplyDelete
  37. perempuan garang mana?ahahaha
    *wink wink*

    ReplyDelete
  38. opss....
    so yg mana satu pilihan kalbu..?

    hehehhe...
    lelaki pun kena bgtahu ciri2nya juga tau..!

    ReplyDelete
  39. ko pilih pompuan yg jenis camne?

    ReplyDelete
  40. banyak betul jenis perempuan ni ye .. hati2lah memilih yang mana intan yan mana kaca May ..

    Salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  41. SALAM 13MAY
    BANYAK JUGA EK JENIS POMPUAN..
    BERAPA LAMA KO ANALISIS NI..
    HUHHHHH

    13MAY,THANKS COZ MENJADI FOLLOWER KER 100 BAGI BLOG KU...

    ReplyDelete
  42. kamu buat nani ketawa. LOL. encik 13may penah jumpa laki jadian tak?

    ReplyDelete
  43. heh! :D

    ok. pasni wat yg lelaki pulak. tau.

    ReplyDelete
  44. wah! pk ikut lain tu... nampaknya ku pompuan jenis yg 1st.. haha

    ReplyDelete
  45. apsal x ulas perempuan jadian?..ha? ha?..

    ReplyDelete
  46. haloooooo.... slmt berpuasa & slmt hari raya... meh beli baju meh!!!

    utk chenta hati!

    ;)

    ReplyDelete
  47. smpai cm tu sekali kn jns2 pompuan...uhuuuhuuhu...mmg mcm2 jns pn pompuan neh,..uhuhuh

    ReplyDelete
  48. slydz: bukan nak bagi konpius...nak bagi paham laa :P

    azie: hehehe hehhe *wink wink*

    izzahazfar: tengah dok buat congak :D

    lifesaver: tengok keadaan...huhhu

    zizie ali: :D

    izariza: tima kasih :D

    jemarisepi: hadiah takde ker? hehhe hehhe

    max J Potter: errr...ada :D

    nur'ain: lelaki budiman ajer :D

    cik Qemm: hohho :P

    momentinlife: jom jalan jalan :D

    Qaseh: hehe heheh...ngeri :D

    Happy Bear Wardrobe: nanti kita pi ushar :D

    honeyBunny: tu laa...ni ringkas ajer nih...hehe hehhe

    ReplyDelete
  49. uiks, dah xda pantun ker en.may?

    ReplyDelete
  50. Ramadhan sudah tidak banyak berbaki.

    Selamat Memenuhi Tanggungjawab Ramadhan.

    Semoga tergolong dalam golongan Muttaqin!

    Salam Ramadhan. Selamat memburu Lailatul Qadar!

    Selamat menyambut syawal ;)

    ReplyDelete
  51. eleh, ko tamau citer pnjg2 psl pmpuan jadian sbb ko da sangkut ngn sorg minah jadian kn?


    hahaha

    ReplyDelete
  52. Dengan ikhlas saya menyokong kasut-gombak.. Huhuh... Auww... :p

    ReplyDelete
  53. rasa macam en.may sangat serius kali ini. hihi...

    ReplyDelete
  54. errr.

    xbuleh pilih sebab shaye straight.

    hehe.

    ReplyDelete
  55. hmm.. mana satu saya? hmmm.. ada2 sajalah ko ye may! :)

    ReplyDelete
  56. dnaz: pantun tak sempat nak buat :D

    bayu senja: salam kembali. Terima kasih kerana singgah :)

    masy: tengok keadaan...hehhe hehhe

    kasut gombak: tu cerita lama laa...hehhe hehhe

    Blithegal: aikk??? sampai hati ko.. :P

    inna hayati: hehhe hehhe...

    inna hayati: kemaruk raya laa :P

    nuyuljana: chewah chewah :D

    gadis kalis peluru: tadak tempat nak letak...hehhe hehhe

    Lea Dzahir: hehhe heheh...peace! :P

    ReplyDelete
  57. ni mesti next week tak update nih.
    awal2 dah bagi salam raya.

    salam aidilfitri ye may!
    :)

    ReplyDelete
  58. 09.09.09


    syukur sebab kita dipanjangkan umur berjumpa dengan tarikh ini

    ReplyDelete
  59. puterikurekure: terima kasih :D

    pB: syukur :)

    penyubiru: ko memilih jalan selamat :D

    ReplyDelete
  60. may..aku dapat dah kad ghaya hang..terima kasih noo..nanti singgah jitra kalu kontek aku..

    ReplyDelete
  61. lama betul tak dapat nk post di sini... urm... perempuan yang menjadi pilihan hati ialah perempuan yang baik dan solehah... bolehkah???

    ReplyDelete
  62. buat lah jugak untuk

    lelaki simpanan
    lelaki murahan
    lelaki jadian

    heheheheee.....

    ReplyDelete
  63. pompuan melayu??
    xdak pon...

    lelaki jadian ade gak kn?

    siap ade yg kawen ngan derang

    ReplyDelete
  64. fakta and auta..haha..

    chik cmne plak..??hohoho

    ReplyDelete
  65. yang last tu buat ketawa sakan. perempuan jadian. hohoho

    ReplyDelete
  66. sgt tertarik ngn sume entry kamoo..=)

    ReplyDelete
  67. semua kategori pompuan itu tak mantop ah bro, next....

    kad dah sampai, thanks bro...

    ReplyDelete
  68. oo...hang kat sini...kekeke...

    ReplyDelete
  69. wah terror la definisi.

    p/s= selamat hari raya. jemput datang rumah. haha

    ReplyDelete
  70. iye, iye.. betul tu yeaa... bagus nye definisi.. sekurang2nya ada gak opposite opinion drp tanggapan biasa diberi... he he he.. ikut definisi termasuk dlm ketiga2 ungkapan tu... tapi tak nak la jd seperti yg biasa diperkatakan

    ReplyDelete
  71. ladysleepless: hehhe hehhe...sekrg dah tau kan? :P

    syida: woohoo :D

    Kimie: line clear! :D

    fiza: hehhe hehe..boleh boleh :)

    cik Dinz: heheh hehhe...tengok la lepas raya nanti :D

    @tune: hehehehhe...cinta itu buta :D

    ChuMeLL: hehhe hehhe...ini cuma rekaan semata mata :D

    wanie: sama sama :)

    Fatiyahh: hehhe hehe hehe

    Bidadari kecil: thanks :)

    nasazfrog: next...lepas raya :D

    thatguy: apa habaq kawan lama? hehhe hehhe

    reef: nak jamu makan apa nanti? hehhe hehhe

    wifenavy: hehhe hehhe...ni namanya reverse definition :D

    ReplyDelete
  72. hehe~
    tajuk tak tahannyer..
    rupanya ada maksud2 yang lain ek?
    lagi2 pompuan murahan tuh..
    hak2..

    ReplyDelete
  73. aku jenis pempuan ape eh...gatal kepala mikir...rase2 mcm pempuan murahan x pun jalanan...mcm keji jer hehe

    ReplyDelete
  74. aku x masok lam list!

    sbb aku kan gadis melayu terkahir..

    MUAHAHAHAHAA! ;p

    ReplyDelete